Berusaha Saudari Pengacara Majlis,Yang Dipertua PIBG serta ahli jawatankuasa
Penolong-penolong Kanan, guru-guru
Dan seterusnya ibu bapa serta para hadirin yang saya muliakan.Pertama-tamanya
izinkan saya melafaz dan menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah
SWT kerana dengan limpah kurnia dan inayahNya maka kita dapat berkumpul
dalam dewan yang indah ini bagi melaksanakan satu lagi agenda pendidikan
yang diatur olehPihak Pengurusan sekolah dan juga jawatankuasa PIBG SMAKG03.Ucapan syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa
Pengelola majlis ini yang tentunya telah berusaha dengan gigih supaya
majlis ini berjalan lancar dan teratur. Terima kasih tidak terhingga
kepada Yang Dipertua PIBG serta ahli jawatankuasanya kerana memberi
komitmen yang tinggi sehingga mejlis ini berjaya dilaksanakan. Ucapan
penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh warga
kerja atas inisiatif dan kesungguhan yang ditunjukkan bagi menjayakan
majlis anugerah cemerlang ini. Kita sedar, majlis seumpama ini amat
perlu dijalankan untuk Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Saban tahun, pihak sekolah dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) tidak pernah lupa mengadakan majlis untuk meraikan kejayaan cemerlang pelajar-pelajar dalam bidang kurikulum mahupun kokurikulum. Malahan bagi saya, majlis ini diadakan khusus untuk meraikan para waris yang sentiasa meletakkan kecemerlangan dan kejayaan anak-anak menjadi agenda pertama dalam kehidupan mereka. Jadi pada kesempatan ini saya bagi pihak sekolah ingin merakamkan ucapan tahniah dan syabas bukan sahaja kepada para pelajar yang bakal menerima anugerah malahan ibu bapa juga para guru yang menjadi nadi atau tulang belakang sehingga membuahkan kejayaan untuk mereka. makna kepada kehidupan anak-anak yang bakal mewarisi masa depan Negara.
Saban tahun, pihak sekolah dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) tidak pernah lupa mengadakan majlis untuk meraikan kejayaan cemerlang pelajar-pelajar dalam bidang kurikulum mahupun kokurikulum. Malahan bagi saya, majlis ini diadakan khusus untuk meraikan para waris yang sentiasa meletakkan kecemerlangan dan kejayaan anak-anak menjadi agenda pertama dalam kehidupan mereka. Jadi pada kesempatan ini saya bagi pihak sekolah ingin merakamkan ucapan tahniah dan syabas bukan sahaja kepada para pelajar yang bakal menerima anugerah malahan ibu bapa juga para guru yang menjadi nadi atau tulang belakang sehingga membuahkan kejayaan untuk mereka. makna kepada kehidupan anak-anak yang bakal mewarisi masa depan Negara.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Kita
sedar, bahawa guru-guru di peringkat sekolah perlu harus
‘memberi’, agar para pelajar bersedia untuk ‘menerima’. Selain insan
yang sering memberi cahaya itu, ibu bapa juga perlu sentiasa memainkan
peranan penting untuk mencorakkan masa depan anak-anak mereka. Malahan
tuan-tuan dan puan-puan, pada saya yang paling utama kejayaan adalah
terletak pada diri para pelajar itu sendiri, agar sentiasa mempunyai
komitmen dan motivasi diri yang tinggi sekiranya ingin mengecapi
kecemerlangan. Sesungguhnya kita harus sedar bahawa dalam usaha menuju
ke puncak, banyak laluan sukar yang perlu ditempuhi. Dato’ Azhar Mansor,
Datuk Sharifah Mazlina dan Dato’ Syeikh Muzzaffar sendiri melalui
pelbagai kesukaran dalam usaha menjelajah dunia dan meneroka angkasa!
Pepatah Melayu selalu mengingatkan kita, “Di mana ada kemahuan, di situ
ada jalan”, “Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih”, “Kalau tidak
dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.” Oleh itu tuan-tuan dan
puan-puan, marilah kita sama-sama berganding bahu untuk mencipta
kejayaan demi kejayaan buat anak-anak kita. Pada saya, kejayaan
anak-anak tuan-tuan dan puan-puan merupakan satu anugerah kepada pihak
sekolah dan ganjaran buat tuan-tuan sebagai waris.Dalam aspek pimbinaan akhlak dan moral kita juga tidak jemu-jemu mendidik para pelajar supaya berbudaya adab sehingga mampu mendisiplinkan dan bertanggungjawap terhadap tugas dan peranan sebagai muslim yang sejati.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,
Saya
juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas
kepada semua penerima anugerah pada hari ini. Saya sangat berharap agar
kecemerlangan yang ditunjukkan oleh para penerima akan menjadi pemangkin
untuk para pelajar mempertingkatkan mutu pencapaian mereka dalam bidang
akademik dan bukan akademik pada masa hadapan. Anugerah yang diberikan
pada hari ini merupakan penghargaan pihak sekolah kepada para pelajar
yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam pembelajaran dan
pembelajaran pada tahun ini. Tahap pencapaian yang ditunjukkan sudah
tentu boleh menjadi contoh serta ikutan kepada para pelajar lain untuk
meningkatkan pencapaian akademik mereka pada masa akan datang.Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian,
Saya
pasti bahawa seluruh warga dewan pada hari ini sedar, bahawa
pelajar-pelajar yang kita raikan hari ini merupakan waris yang bakal
mendukung impian dan harapan Negara. Untuk itu, saya menyeru kepada
saudara dan saudari sekalian agar dapat sama-sama berganding bahu
meningkatkan kualiti hidup sihat dalam kalangan anak-anak. Sihat yang
dimaksudkan bukan hanya tertumpu kepada kesihatan tubuh badan malahan
kesihatan minda supaya harapan dan impian tuan-tuan dan puan-puan akan
direalisasikan sama seperti harapan dan impian seperti mana yang telah
termaktub dalam Falsafah Pendidikan Negara. Maka saya ingin menyeru
kepada diri saya dan tuan/puan sekalian, marilah kita saling
bergandingan bagi memastikan para penerima anugerah ini bakal menjadi
sebahagian warna-warna kegembiraan Negara pada masa hadapan dan bukan
merupakan secalit warna kehancuran atas kealpaan dan kelekaan kita.
Insya’Allah.Akhir
kata, sekali lagi saya merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada semua
penerima anugerah dan juga syabas kepada semua warga kerja yang
bertungkus-lumus menjayakan Hari Anugerah Cemerlang SMAKG03 pada hari ini.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment