Wednesday, 13 November 2013

adab-adab mesyuarat
Selepas mana kita mengetahui beberapa perkara penting sebelum n semasa mesyuarat berlangsung dalam siri 1 & 2 sebelum iniuntuk menjadikan mesyuarat yang berkesanSatu faktor yang amat penting mesti dititik beratkan iaitu memperanankanpengerusi mesyuarat
 
Hal ini demikian keranaperanan pengerusi mesyuarat amat penting dan menjadi penentu kepada suasana mesyuarat yangberlangsungPengerusi mesyuarat mempunyai kuasa eksekutif di dalam pengendalian mesyuarat namun dalam masa yang sama ia terpaksa mengawalkeputusan majoriti yang menjadi kuasa mutlak dalam satu-satu perbincangan
 
Kecelaruan dalam mengawal perbincangan untuk mendapatkan keputusanmenjadikan mesyuarat yang berlangsung tidak berkualiti bahkan sedikitsebanyak memberi kesan kepada keputusan yang dihasilkan
 
Pengerusi mesyuarat bagaikan nakhoda kapal yang memikul tanggungjawab yang besarWalaupun arahan di bawah bidang kuasanyanamun untukmenghasilkan sesuatu keputusanmaklumat serta informasi daripada seluuruh anak kapal mesti diambil kira dan yang paling penting ialah bagaimanamenggabungkan kesemua maklumat yang diberikan untuk mengeluarkan sesuatu arahan supaya kapal yang belayar sampai ke destinasi denganselamat
 
Pengerusi mesyuarat yang terbaik ialah mereka yang mampu menghidupkan suasana perbincangan di kalangan semua ahli mesyuarat seterusnyamengawal perbincangan dalam membentuk kata sepakat sebagai keputusan
 
Justerupengerusi mesyuarat memainkan peranan yang sangat besar dan pentingIa merupakan kepala bagi anggota yang lain. Maka disebabkan itu,pengerusi mesyuarat perlu mengetahui beberapa perkara dalam memastikan ia mampu mengendalikan mesyuarat dengan berkesaniaitu : 
 
Tidak semua keputusan perlu kepada undian
 
Antara kelemahan pengerusi mesyuarat ialah menyerahkan sebulat-bulatnya kepada undian tanpa mampu menggunakan kuasa eksekutif atau lebihtepat lagitidak mampu menggabungkan suara perbincangan ke arah keputusan yang terbaikSuasana perbincangan iaitu perbezaan pendapat dikalangan ahli mesyuarat merupakan suatu kebaikan bahkan satu keperluan dalam mesyuaratNamun begitupengerusi mesyuarat mestilah mampumenilai setiap pandangan yang dikeluarkan justeru dapat menguasai keadaan dalam melihat reaksi ahli mesyuarat bagaimana kecenderongan merekadalam memberikan sokongan
 
Bukanlah apabila ada setiap percanggahan idea, keputusan akhir adalah undian semata-mataIa akan menyebabkan keputusan yang dihasilkan tidakmatang bahkan bukanlah yang terbaik
 
Keputusan melalui undian hanya melibatkan apabila memang suasana ahli mesyuarat tidak ada kecenderongan kepada mana-mana pihak walaupunsedikitPerlu juga diingatkanperkara yang melibatkan dasar serta ketetapanseeloknya elakkan undian
 
Justerupengerusi mesyuarat perlu juga menggunakan kuasa eksekutif dalam satu-satu keputusan yang melibatkan perkara yang besarSekiranyaperkara yang tidak menjadi permasalahanmaka tidak ada masalah dibuat undian bahkan lebih meraikan pandangan semua pihak.
 
Perbincangan oleh semua ahli mesyuaratbukan sebahagian
 
Pengerusi majlis mesti sedar bahawa suasana mesyuarat tidak akan berjaya dengan hanya sebahagian ahli mesyuarat sahaja yang berbincangSuasanayang terbaik ialah memperanankan semua ahli mesyuarat dalam menyuarakan pandangan walaupun sekali atau pandangan yang biasa
 
Hal ini sangat penting kerana keupayaan dalam menilai sesuatu kondisi perkara adalah berbezaKemungkinan ahli mesyuarat yang aggresif tidakperasan berkenaan hal-hal sampingan yang boleh menjejaskan gerak kerjaJusteruperbincangan semua ahli mesyuarat mesti dihidupkan bagi menilaisemua pandangan dan meraikan semua kehendak.
 
Maka menjadi peranan pengerusi mesyuarat dalam memastikan semua ahli mesyuarat berperanan ketika mesyuarat berlangsungGunakan pelbagaiteknik yang adajangan hanya menghidupkan suasana yang 'suamiaitu hanya sebahagian sahaja yang berperanan
 
Mengawal masa bagi sesuatu agenda
 
Walaupun mesyuarat yang dilakukan berkehendak kepada perbincangan yang lumut serta telitinamun ia tidak memberikan maksud perbincanganyang dilakukan mestilah berjela-jela sehingga mengganggu agenda mesyuarat yang lain. Sekiranya pengerusi mesyuarat tidak merangka tempoh bagisesuatu perbincangan merujuk kepada kondisi permasalahan yang dibincangkania akan menghasilkan mesyuarat yang tidak berkualiti bahkan akanmenghabiskan masa kerana agenda mesyuarat yang lain tergendala.
 
Pengerusi mesyuarat mestilah mempunyai perangkaan asas untuk satu-satu agenda berapa tempoh yang diperuntukkanBukanlah bermaksud tempohtadi itu mesti dimaklumi kepada mesyuarat lain. Ia hanya untuk pengerusi mesyuarat agar dapat mengawal mesyuarat dengan tepat dan tahu bila masauntuk menghasilkan keputusan
 
Hal ini demikianpengerusi mesyuarat perlu teliti dalam menilai hujah-hujah yang diberikan. Menjadi kebiasaan pihak yang sama memberikan hujah yang sama selepas mana memberikan hujah pengukuhan. Bermaksud pihak yang sama mengulangi hujah yang sama lebih daripada 3 atau 4 kali. Dan mungkin juga pihak yang berlainan namun hujah yang samaIa sebenarnya tidak baik bagi pengurusan masa dalam kendalian mesyuarat
 
Justeru, pengerusi mesyuarat mesti ada perangkaan secara peribadi untuk satu-satu agenda berapa tempoh perbincangan yang dibuka. 
 
- Menjaga suasana mesyuarat
 
Antara kelemahan pengerusi mesyuarat ialah kawalan dalam menjaga suasana di dalam mesyuarat. Tugas utama ialah menghidupkan suasana perbincangan, kemudian pengerusi mesyuarat juga mesti mampu menjaga suasana agar semua ahli mesyuarat mampu untuk terus memberikan idea-idea yang segar dan bernas. 
 
Suasana mesyuarat yang lama selalunya akan menyebabkan tepu dengan fokus ahli mesyuarat sudah lari, tidur, menyebabkan banyak merapu dengan lawak yang remeh dan sebagainya. 
 
Mesyuarat yang lama tidak menjadi masalah namun permasalahannya ialah menjaga suasana agar sentiasa segar. Perkara sebegini perlu diperhatikan oleh pengerusi mesyuarat setiap masa dalam mesyuarat. Bimbang-bimbang hanya sebahagian agenda sahaja yang mendapat perbincangan yang terbaik, namun sebahagian agenda lagi diperbincangkan dengan tidak matang. 
 
Maka ini adalah beberapa perkara penting yang mesti diketahui bagi mereka yang menjadi pengerusi mesyuarat. Mengendalikan mesyuarat dengan berkesan merupakan satu perkara yang besar, justeru memerlukan kepada latihan dan pengalaman. Apa yang penting mesyuarat merupakan medium menghasilkan sesuatu keputusan bagi menjaga maslahat ramai. 
 
Mereka yang menolak mesyuarat adalah mereka yang menolak sistem pengurusan Islam yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW dan apa yang telah dipraktikkan oleh para sahabat RA. Mudah-mudahan 3 siri artikel ringkas berkenaan pengedalian mesyuarat yang berkesan mampu memberikan panduan kepada semua pimpinan mahasiswa khususnya. 
 

No comments:

Post a Comment