Sunday, 10 November 2013

PELUPUSAN
DEFINISI PELUPUSAN

1.Pelupusan adalah satu proses di mana sesuatu aset / barang awam yang secara fizikalnya masih ada dalam simpanan tetapi tidak digunakan atau diiperlukan dan perlu dikeluarkan dari simpanan dan rekod.
2. ASET
Harta yang mempunyai nilai dan boleh dijual atau dipindah milik
3. JENIS ASET
• Semua barang yang diperolehi daripada sumber wang kerajaan atau suwa
• Aset/barang yang dirampas/lucut hak milik/tidak bertuan/tidak dituntut (proses pelupusan tertakluk kepada Akta, Undang-undang dan Peraturan tertentu.)
• Aset/barang yang diterima sebagai hadiah/sumbangan
• Sampel/barang contoh tender/kontrak (Tatacara perlu disediakan oleh Kementerian/Jabatan
• Buku teks (SPBT)
4. OBJEKTIF PELUPUSAN
 Mendapat hasil pulangan yang terbaik
 Jimat ruang
 Akaun/rekod kedudukan sebenar dapat dikemaskini dan disempurnakan
 Mengelakkan barang-barang tersebut menjadi lebih tidak ekonomik untuk dilupuskan secara jualan sekiranya ia disimpan
.5. TUJUAN
 Untuk mengatasi :
• Kos menyimpan meningkat – contoh: kos sewaan bangunan, penggunaan elekterik, pengurusan, penyelenggaraan.
• Susut nilai – makin lusuh, rosak – turun nilai
• Risiko kehilangan – tanpa jagaan / penyeliaan
• Risiko kerosakan
• Risiko keusangan – lapuk/tidak boleh dipakai
• Kesempitan ruang – bilik dipenuhi barang-barang
• Pembaziran – tidak digunakan
• Modal terikat – tiada pulangan / hasil
BILA PERLU DIBUAT PELUPUSAN

• Barang-barang yang pecah dan rosak
• Habis tempoh penggunaan yang ekonomik
• Tidak ekonomik dibaiki
• Lusuh/usang
• Kondem
• Tamat tempoh penggunaan
• Melebihi keperluan (berlebihan)
• Tidak sesuai lagi digunakan (akibat perubahan teknologi)
• Tidak/lambat bergerak (di stor)
• Sudah diganti
• Tidak diperlukan lagi
Disyorkan selepas urusan verifikasi stok, pengiraan stok dan pemeriksaan stok.
HAD AMAUN MAKSIMUM PELUPUSAN / HAPUS KIRA HARTA BENDA KERAJAAN YANG BOLEH DILULUSKAN KETUA-KETUA JABATAN / BAHAGIAN DI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DAN JUGA PENGARAH PELAJARAN NEGERI
- Perbendaharaan Malaysia Melebihi RM50,000 seunit atau RM500,000 secara aggregat (melalui Bahagian Kewangan)
KSU KPM/Ketua Jabatan/Bahagian KPM/ Pengarah Pelajaran Negeri/
Pengarah Bahagian Pengurusan Pendidikan Teknik & Vokasional- Sehingga RM50,000 seunit atau RM500,000 secara aggregat
TATACARA PELUPUSAN
8.1. Tanpa Lembaga Pemeriksa (Panduan 218 PPTPS)
• Barang/aset yang nilai perolehan asal tidak melebihi RM20,000 seunit dan RM300,000 secara aggregat – tidak boleh digunakan dengan ekonomi, hanya boleh mendapatkan hasil jualan sisa sahaja.
• Tidak bernilai untuk dijual : Contoh – pinggan mangkuk pecah
• Tidak boleh dijual disebabkan dasar kerajaan/keselamatan awam
• Senaraikan aset/barang
• Borang Pelupusan Tanpa Lembaga Pemeriksa (AP 218).
• Kemukakan senarai kepada Pegawai Pengawal/ Pengarah Pelajaran atau pegawai yang telah diturunkan kuasa untuk meluluskan pelupusan (Ruj. PU(B)116. dan PU (B) 513)
 Senarai tidak perlu dihantar ke Kementerian Kewangan.
• Jangan campurkan aset/barang yang melebihi RM20,000 seunit dengan yang kurang daripada RM20,000
• Tindakan ini hendaklah diluluskan oleh Pegawai Pengawal/Pengarah Pelajaran Negeri mengikut kadar di atas

No comments:

Post a Comment