Erti Kasih Sayang Sesama Manusia
Dalam diri setiap anak Adam, ada Tuhan bekalkan berbagai-bagai jenis
perasaan. Perasaan-perasaan ini bersifat batiniah dan tempatnya di dalam
hati. Yakni di dalam roh. Salah satu daripada perasaan itu ialah rasa
kasih sayang. Apakah definisi rasa kasih sayang? Rasa kasih sayang ialah
cenderung dan tertariknya hati seseorang secara mendalam kepada
seseorang yang lain. Atau kepada selain manusia yakni benda-benda dan
makhluk-makhluk lain. Atau hati manusia juga boleh jatuh cinta kepada
ALLAH tapi ini jarang berlaku.
Di sini kita hendak mengkhususkan tentang kasih sayang sesama manusia.
Sebab ianya utama dan penting pada manusia itu sendiri selain mereka
mesti cintakan ALLAH yang memang lebih utama dan agung. Jadi fokus utama
buku ini, untuk dihuraikan secara lebih luas ialah tentang cinta sesama
manusia. Berlakunya kasih sayang atau kecenderungan hati yang mendalam
oleh seseorang kepada seseorang yang lain ada sebab-sebabnya. Iaitu
kerana ada daya tarikan yang menyenangkan dan menenangkan hatinya. Daya
tarikan itu ada berbagai-bagai. Ada yang bersifat semulajadi dan ada
yang bersifat ‘aradhi’ (mendatang).
Di antara perkara-perkara yang menarik hati manusia kepada manusia lain
ialah kecantikan, ilmu, kepimpinan, jasa, hubungan darah, kekuatan,
akhlak dan lain-lain. Kerana faktor-faktor inilah manusia tertarik
dengan manusia yang lain. Maka tumbuhlah rasa kasih sayang sedikit demi
sedikit hingga mendalam. Bila rasa itu kian mendalam, ia disebut cinta.
Bila cinta sudah mendalam, seseorang itu akan jadi asyik mahsyuk atau
mabuk cinta. Ada orang, kerana tidak boleh lagi kontrol cintanya, terus
menjadi gila.
Dengan perasaan kasih sayang, seseorang akan menumpukan perhatian, perasaan dan jiwa raganya kepada orang yang disayanginya. Bermacam-macam pengorbanan akan dibuat terhadap kecintaannya. Tidak ada rasa susah padanya dalam usaha-usaha dan pengorbanan itu, walaupun orang lain melihatnya susah sekali dan keterlaluan. Seorang wanita sanggup lari meninggalkan keluarga demi cinta kepada lelaki calon suaminya. Dia rela menghadapi risiko dihina dan dibenci oleh keluarga dan masyarakat.
Sebagaimana sebab-sebab tumbuhnya kasih sayang itupun berbagai-bagai maka sifat dan kesan kasih itu juga berbeza-beza. Bergantunglah kepada siapa dan mengapa kasih itu tumbuh. Kasih kepada ibu bapa tidak sama dengan kasih pada isteri-isteri. Kasih kepada anak-anak tidak sama dengan kasih pada kawan. Kasih pada guru tidak sama dengan kasih pada saudara-mara. Kasih pada pemimpin tidak sama dengan kasih pada pengikut. Kasih pada bangsa tidak sama dengan kasih pada harta. Kasih pada agama tidak sama dengan kasih kepada bangsa. Maha Suci ALLAH yang menciptakan dalam ruang seketul hati yang sempit itu rasa kasih yang berbagai sifat dan rupanya!

Akibat berbeza sifat dan rupanya, maka berbeza pula kesan dan akibat
kasih itu. Ada kasih sayang yang kekal dan bertambah di dalam hati. Ia
tidak diganggu atau dicacatkan oleh rasa jemu dan hambar kecuali dengan
sebab- sebab yang tidak dapat dielakkan. Namun ada kasih sayang yang
dirosakkan oleh rasa jemu dan benci. Maka ia tidak kekal bahkan
berkurang dan mungkin hilang.
Kasih pada pemimpin membuatkan seseorang pengikut menyerahkan ketaatan dan kesetiaan yang tidak berbelah bagi. Kasih pada pengikut membuatkan seseorang pemimpin berkorban memberi khidmat dan kasih sayang tanpa sebarang kepentingan dan rasa letih serta jemu.
Kasih kepada isteri membuatkan suami bersifat bertanggungjawab. Manakala kasih pada suami menjadikan isteri sedia taat, patuh dan melayan suami sesungguh hati.
Kasih pada guru membuatkan murid gigih belajar dan mengamalkan ajarannya. Manakala kasih pada murid menjadikan guru-guru hilang letih untuk mendidik dan mengajar hingga muridnya berjaya. Kasih pada ibu bapa membuatkan anak-anak sangat menjaga hati orang tuanya. Manakala kasih kepada anak-anak menjadikan ibu bapa rela berbuat apa saja untuk anak-anaknya.
Demikianlah kesan adanya kasih sayang. Ia membuatkan manusia seperti terikat satu sama lain. Lalu akan saling memberi dan menerima secara suka dan rela. Orang yang saling menyayangi rasa bersalah kalau tidak dapat memberi kasih sayang walau dalam apa bentuk sekalipun. Berkorban dan bersusah-susah untuk yang disayangi adalah kebahagiaan, kepuasan dan hiburan. Sedangkan tanpa kasih sayang, pengorbanan dibuat secara terpaksa, menjadikan ia amat berat dan menyeksakan manusia.
Seorang murid yang buat kerja guru dengan rasa cinta pada guru, akan membuatnya dengan sepenuh hati, ghairah dan bahagia. Dia tidak jemu dan tidak letih. Dia akan berbuat lebih dari yang diperintahkan. Sebaliknya murid yang buat kerja guru dalam keadaan terpaksa, sedangkan dia benci pada guru itu, akan rasa berat dan jemu. Al hasil, kerjanya jadi tidak sempuma.

Demikianlah juga keadaan rakyat terhadap pemerintah, pengikut terhadap
pemimpin dan sebaliknya. Begitu jugalah isteri terhadap suami, anak-anak
terhadap ibu bapa dan manusia terhadap manusia lainnya.
Sejarah telah membuktikan kepada kita bahawa cinta dan kasih para Sahabat yang sungguh mendalam terhadap Rasulullah SAW dan sebaliknya, telah membuatkan mereka berjuang dan berkorban habis-habisan. Hingga nyawa pun sanggup dikorbankan demi cinta. Al hasil dalam tempoh yang sekejap sahaja, Islam telah membentuk negara dan empayar kepada tiga perempat dunia. Demikian bukti bahawa dengan cinta, manusia rela mengorbankan lebih masa dan tenaga hingga memperolehi hasil yang luar biasa. Sedangkan tanpa cinta, sesuatu kerja itu dibuat dengan sambil lewa dan hasilnya mengecewakan!
Sebab itu kita mesti pandai mengisi ruangan daripada rasa kasih sayang dan cinta ini. Ia sangat besar manfaatnya kepada kehidupan manusia. Kita patut usahakan agar tumbuh kasih sayang sesama manusia supaya buahnya yang lebat lagi manis itu dapat kita kecapi bersama.
Tapi sayang sekali hari ini, dunia sudah ketandusan kasih sayang. Orang miskin tidak sayang pada orang kaya, rakyat tidak sayang pada raja atau ketua negaranya, masyarakat tidak sayang pada ulama, bahkan anak-anak tidak sayangkan ibu bapa dan isteri tidak menyayangi suami.
Benci-membenci jadi budaya tradisi yang membuatkan manusia terhina dengan segala bentuk krisis dan masalah sesamanya. Kakitangan pejabat mencaci-caci bos mereka di belakangnya. Orang politik dimaki hamun oleh pengundinya, ulama dihina-hina oleh masyarakat, menteri-menteri dimusuhi oleh berbagai lapisan masyarakat dan jadi bahan bualan yang negatif. Demikian seterusnya yang berlaku dalam realiti hidup hari ini akibat tidak adanya sifat-sifat yang cantik untuk membuat manusia saling jatuh hati dan sayang-menyayangiMana kasih sayang pengikat perpaduan manusia? Mana keharmonian hidup, ketenangan serta kepuasan? Kita rindu untuk melihat orang kaya mengasihi orang miskin dan si miskin membalas kasih si kaya. Hinggakan mereka bekerjasama dengan penuh harmoni dan mesra. Kita juga rindukan pemimpin yang memberi kasih kepada pengikut dan sebaliknya. Dan kita ingin melihat orang bukan Islam kasih pada orang Islam dan sebaliknya!

Ya, kita ingin melihat dunia kembali damai, aman, harmoni dan makmur
dengan wujudnya kasih sayang sesama manusia. Untuk itu mari kita
cetuskan sebab-sebab untuk orang lain, sekalipun bukan sebangsa dan
seagama apa lagi kalau sekeluarga dan seagama, agar cenderung dan jatuh
hati pada kita. Bila masing-masing mengusahakannya, maka kita pun
menyayangi dan disayangi. Dari sana, moga-moga impian dan kerinduan kita
menjadi kenyataan!
Kesilapan manusia hari ini, di samping membiarkan rasa benci-membenci
terus subur, tidak pula mengusahakan untuk sayang-menyayangi. Sebaliknya
lebih mengalih perhatian kepada benda dan makhluk-makhluk yang lain.
Melupakan tanggungjawab untuk membina kasih sayang sesama manusia.
Kemudian mencari jalan lain untuk menjauhkan lagi dari tanggungjawab
tersebut. Iaitu mengalih perhatian dan kasih sayang kepada benda-benda,
pokok-pokok, binatang, barang-barang antik dan sebagainya.
Benda-benda kecintaan ditatang-tatang, dibelek-belek dan dijaga
sungguh-sungguh. Binatang kesayangan dibelai-belai, dilayan dan dikawal
hingga dibuat undang-undang, sesiapa yang membunuh binatang didenda.
Barang-barang antik dipuja-puja dan dijaga di muzium-muzium dan
lain-lain dengan istimewa sekali. Begitu juga pokok-pokok dan bunga
hiasan, begitu disayangi dan dari semasa ke semasa rasa sayang itu
disuburkan!
Memang tidak ada salahnya perkara-perkara itu. Tapi apalah ertinya kera
di hutan disusukan, anak di rumah dibiarkan. Maksudnya, tanggungjawab
yang asasi dan penting diabaikan, sebaliknya dibuat kerja-kerja yang
tidak penting. Ibarat orang menghidangkan kita berbagai macam lauk-pauk,
tetapi tidak disertakan nasi. Apa perasaan kita? Apa ertinya pokok di
hutan tidak dipotong tetapi badan manusia dipotong dan dibunuh?
Pokok-pokok, benda-benda, barang antik dan binatang kalau tidak
disayangi dan tidak diberi perhatian, tidak memberi kesan negatif pada
kita. Tetapi anak-anak yang tidak dapat kasih sayang akan jadi penyakit
masyarakat. Orang miskin yang terbiar tanpa diberi simpati akan buat
masalah dalam masyarakat. Orang yang bukan seagama dan sebangsa yang
tidak mendapat perhatian dan kasih sayang akan mencari pasal untuk
membalas dendam dan geram. Demikian kalau manusia tidak berkasih sayang,
kesannya sungguh negatif dan bahaya sekali.
Dunia hari ini begitu ketandusan kasih sayang. Keadaannya genting sekali.
Manusia saling benci-membenci iaitu kebalikan dari berkasih sayang.
Akibatnya masing-masing saling mencari jalan untuk menyusahkan orang
lain. Masing-masing saling berprasangka dan saling mencurigai. Paling
tidak, saling tidak mempedulikan dan tidak ambil tahu. Usaha-usaha untuk
mengatasinya hampir-hampir tidak ada sama sekali. Kalaupun ada, tidak
berkesan. Kerana caranya tidak tepat dan tidak membawa kesan yang
berkekalan.
Berdasarkan huraian tentang kasih sayang ini, saya berharap dapat
memberi formula yang praktikal untuk campurtangan bagi menyelesaikan
masalah manusia yang sudah terlalu kronik. Moga-moga ALLAH bantu saya
dalam usaha ini!
.
No comments:
Post a Comment