Sunday, 10 November 2013

PERCAYA KEKUASAAN BOMOH MEMBAWA SYIRIK....

Seorang kawan memberitahu saya "bomoh ni handal sangat"..Hari ini cerita tentang bomoh akan disambung semula dengan penerangan yang boleh diguna pakai untuk mengenal pasti bomoh iaitu seorang manusia yang sesat lagi menyesatkanBomoh juga dikenali dengan panggilan dukun, pengubat alternatif, pengubat tradisional, tabib, para normal dan pawang. Ia dapat didefinisikan sebagai orang yang mengubati orang sakit dengan cara kampung dan jampi-jampi yang menyalahi dari sisi Islam. Kebiasaannya mereka ini menggunakan khidmat khadam atau pembantu dari kalangan iblis dan jin.
Berbeza dengan bomoh, terdapat juga orang yang mengubat dengan perubatan tradisional yang menggunakan tumbuhan dan herba untuk mengubati pesakit dan ini adalah tidak salah dari sisi islam. Pengubat tradisional ini tidak menggunakan jampi yang salah di sisi Islam dan hanya menggunakan jampi yang dibenarkan oleh Islam. Namun kebanyakan bomoh di Malaysia adalah dari kategori yang sesat dan ada juga yang mencampuradukkan yang benar dengan yang batil menjadikannya salah di sisi Islam.
Untuk mengenal pasti bomoh yang menyalahi agama Islam dan perlu dijauhi, berikut diperturunkan serba sedikit panduan untuk mengenal pasti mereka dari golongan ini:1 Tiada kaunseling atau dakwah Islam.
2 Gemar mengatakan perbuatan orang bagi setiap punca penyakit yang dialami.
3 Memberikan objek sama ada tangkal, azimat atau air jampi untuk dibawa pulang.
4 Menyuruh pesakit bawa objek seperti limau nipis, sirih atau kapur setiap kali datang berurusan.
5 Ada upacara memotong limau di permulaan sesi mengubat..
6 Pengamal bomoh suka pakai baju kuning (oren), hitam atau merah.
7 Minta pengeras.
8 Ada pemutus ubat setelah selesai perubatan.
9 Minta duit dan kadang-kadang amaun yang diminta tidak masuk akal sama sekalsehingga mencecah beribu ringgit.

0 Ada yang mengamalkan puasa pati geni (memutih) di peringkat awal untuk menjadi bomoh.
11 Guna air dalam mangkuk untuk menelek.
12 Melakukan perkara luar biasa seperti boleh membelah dada dan perut untuk mengeluarkan dan mencuci organ dalaman malahan boleh dirakam sewaktu pembedahan tersebut.
13 Mengaku mempunyai keajaiban seperti kasyaf
14 Pengamal Feng Shui adalah bomoh.
15 Sami Budda, hindu dan sebahagian paderi adalah bomoh.
16 Kebanyakan pengamal ilmu sesat ini sembahyang, puasa, pergi masjid, ada title haji / hajah, menggunakan bismillah dan insya Allah dalam pertuturan mereka dan perlakuan mereka lebih mirip kepada seolah-olah orang yang mendalami agama Islam. Ini semua adalah sebenarnya aset yang maha penting bagi iblis





No comments:

Post a Comment