Sunday, 10 November 2013

SEKOLAH AGAMA UNTUK ORANG KISKIN

Ada satu kes melibatkan ‘anak orang kaya’ -AOK di sebuah sekolah agama. Di mana seorang murid telah melakukan peras ugut terhadap AOK. Tidak cukup dengan memeras ugut, mengenakan bunga terhadap ‘hutang yang dipaksa’, dia turut menunjuk jalan kepada AOK cara untuk menyelesaikan ‘masalah kewangan’nya! Jahat dan pandai…
Nak dijadikan cerita, si bapa AOK perasan ada beberapa barangan berharga dalam rumah yang hilang. Sebagai ibu bapa yang prihatin, mereka datang ke sekolah untuk mendapatkan kepastian. Iaitu kepastian sama ada anaknya memang ada tabiat mencuri atau dipaksa mencuri.SEKOLAH AGAMA UNTUK ORANG MISKINBerdasarkan aduan dan tanggung jawab sekolah, guru disiplin menjalankan siasatan. Si AOK dan Si Pemeras dipanggil ‘untuk membantu siasatan’. Ringkasnya, Si Pemeras mengaku dialah pemain utama terhadap masalah yang berlaku.
Kes tidak selesai setakat itu. Bapa murid dimaklumkan tentang perangai anaknya dan diminta datang ke sekolah. Sayang, si bapa tidak mahu ke sekolah dan mendakwa tidak mungkin anaknya berbuat demikian. Katanya, “saya bagi duit belanja cukup tiap hari. Apa yang dia nak, saya bagi.” Tambahnya lagi, “cuba cikgu fikir, kenapa anak jutawan dihantar belajar ke sekolah agama? Mesti anak dia tu bermasalah!”
Antara pengajaran kisah di atas
1. Guru perlu ada banyak kemahiran. Kerana di sekolah, mereka juga berperanan sebagai Pegawai Polis Penyiasat Sekolah – PPPS!
2. Jangan terlalu mudah percaya kepada anak, sebab anak kita tidak berada di sisi kita sepanjang masa. Berdoalah agar Allah kurniakannya sahabat yang soleh.
3. Setiap penjaga harus hadir ke sekolah untuk mendapatkan maklumat tentang perkembangan pelajaran dan sahsiah anaknya.
4. Sekolah agama bukanlah untuk anak-anak orang miskin atau berpendapatan sederhana, sehingga bila ada orang kaya memasukkan anaknya, kita memandang serong!
Wallahu a’lam.


No comments:

Post a Comment