Monday, 11 November 2013

PANDUAN PELAKSANAAN AKTIVITI KEROHANIAN SELEPAS UPSR DAN PMR
SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
TAHUN 2013M/1434H

1. PENGENALAN

Panduan Pelaksanaan Aktiviti Kerohanian Selepas UPSR dan PMR sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia Tahun 2013 diwujudkan bagi memberikan pendedahan kepada pihak Sekolah mengenai cadangan aktiviti-aktiviti kerohanian yang boleh dilaksanakan bagi memenuhi kelompangan masa khususnya bagi para pelajar yang telah selesai menjalani peperiksaan UPSR dan PMR.


2. OBJEKTIF

i.                    Menerapkan nilai-nilai murni di kalangan para pelajar dengan pengaplikasian aktiviti-aktiviti kerohanian.
ii.                  Melahirkan generasi pelajar yang mampu mengamalkannya serta menghayati setiap ilmu dan pengetahuan tentang agama Islam dalam kehidupan harian mereka.
iii.                Mengukuhkan aspek kerohanian dalam diri para pelajar terutama dalam menggarap aspek syukur dan cinta kepada agama Islam.


3. SASARAN

Para pelajar lepasan UPSR (bagi sekolah rendah) dan lepasan PMR (bagi sekolah menengah).


4. TEMPAT

Premis sekolah atau kawasan sekitar yang bersesuaian.




5. CADANGAN AKTIVITI

UPSR
PMR
1. Qiamullail
2. Khemah Ibadat
3. kerja-kerja kebajikan (lawatan)
4. Pertandingan (tilawah/azan/ hafalan Al-Quran)
5. Gotong-royong perdana
6. Ceramah awal remaja
7. Pertandingan mencipta buku sekerap
8. Lukisan mural
9. Tayangan video kisah para nabi / kisah teladan
10. Aktiviti lain yang bersesuaian
1. Qiamullail
2. Khemah Ibadat
3. kerja-kerja kebajikan (lawatan)
4. Pertandingan (tilawah/azan/hafalan Al-Quran)
5. Gotong-royong perdana
6. Kursus/Seminar
                i.    Perundangan syarak
              ii.    Perkahwinan
            iii.    Amali haji
           iv.    Sembelihan
             v.    Pengurusan jenazah
           vi.    Solat ketika peperangan (khauf)
7. Pertandingan mencipta buku sekerap
8. Lukisan mural
9. Tayangan video kisah para nabi / kisah teladan
10. Aktiviti lain yang bersesuaian

6. KAEDAH PELAKSANAAN

Sila rujuk kepada lampiran 1


7. PELAPORAN

Semua laporan aktiviti yang telah dilaksanakan oleh pihak sekolah perlu diisi dalam Borang Maklum Balas dan hendaklah dihantar ke Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia (u.p : Ustaz Abd Rahman bin Haji Che Soh) (Tel: 03-83217275 / HP: 019-9390400 / Faks: 03-83217337) atau e-mel abdrahman.soh@moe.gov.my dan hendaklah dihantar selewat-lewatnya 15 November 2013.(sila rujuk kepada lampiran 2)
Pihak sekolah juga dikehendaki menghantar laporan aktiviti ke Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Perak secara online melalui portal www.spiperak.bpi.edu.my dan diisi selewat-lewatnya 15 November 2013.


8. MAKLUMAT LANJUT

Sebarang maklumat lanjut sila hubungi Pen. Pengarah Pembangunan Syiar Islam, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Perak, Ustaz Ahmad Rusli bin Hj. Abdul Gani (Tel: 05-2414000 / HP: 012-6344542 / rusli.gani@moe.gov.my


9. PERKARA YANG DIPOHON

Bahagian ini memohon semua Guru Besar sekolah rendah dan Pengetua sekolah menengah seluruh Malaysia mengambil maklum dan bekerjasama untuk melaksanakan serta menjayakan Pelaksanaan Aktiviti Kerohanian selepas UPSR dan PMR sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia Tahun 2013. Diharap pihak sekolah terutamanya para pelajar dapat manfaat yang paling maksimum daripada pelaksanaan aktiviti-aktiviti tersebut.



Disediakan oleh;

Unit Budaya dan Syiar Islam
Sektor Pembangunan Akhlak dan Syiar Islam
Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam
Bahagian Pendidikan Islam
Kementerian Pendidikan Malaysia
Ogos 2013


No comments:

Post a Comment