LEBIH BAIK CAKAP TAK SERUPA BIKIN....
Bismillahi walhamdulillah
Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang
kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah – kamu
memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukanya.” Surah As-Saf, ayat 2-3.
Pada suatu masa – dalam zaman Nabi SAW – ada di antara pemuda-pemuda
Islam yang berkata: Kalau mereka mendapat sesuatu amalan yang diredhai
Allah nescaya mereka akan mengerjakannya; tetapi apabila diberitahu
amalan yang diredhai Allah itu, ada di antara mereka yang tidak
mengkotakan apa yang mereka katakan.Ayat di atas selalu dijadikan hujah ke atas orang yang hanya pandai
bercakap tetapi tidak melaksanakan apa yang dicakapkannya. Nau’zu billah
dari jadi orang macam itu. Orang Melayu kata, cakap tak serupa bikin!Pepatah ini tidak boleh dijadikan kaedah umum untuk menolak cadangan
baik dari orang lain, semata-mata dia tidak buat apa yang dia cadangkan.
Atau tidak buat apa yang dia nasihatkan. Sebab setiap orang wajib buat
sesuatu ikut kemampuan dirinya. Kalau kita mampu beri nasihat sahaja,
maka berilah nasihat. Kalau kita mampu beri idea dan cadangan sahaja,
maka lakukanlah. Walaupun kita tidak mampu untuk melakukannya. Oleh itu
kita perlu bezakan antara cakap dan buat.
Memang betul, kalau kita cakap dan buat, akan lebih berkesan dan
orang akan lebih mudah ikut. Berbeza orang yang hanya pandai cakap,
kurang berkesan dan sukar untuk dipatuhi. Namun sekali lagi, perlu beza
antara kewajipan dan keberkesanan. Kewajipan kita adalah memberi
nasihat, cadangan dan menegur. Sesiapa sahaja yang ada cadangan bernas,
mampu memberi nasihat atau boleh menegur – maka lakukanlah. Jika tidak,
dia berdosa.Ketika ini, lebih baik cakap tak serupa bikin, daripada tak cakap dan tak bikin!
Wallahu a’lam.
No comments:
Post a Comment