Thursday, 18 December 2014

Pembelajaran dan pengajaran guru harus mematuhi 12 elemen yang ditetapkan. Sekurang - kurangnya 10 elemen harus mendapat skor 6 dan 2 elemen mendapat skor 5 = Jumlah skor 70 dan min = 5.8 manakala peratusnya = 5.6 - 1 = 4.6 / 5 x 100 = 92%. Untuk mendapatkan pencapian cemerlang  guru harus :

1. Penglibatan murid dalam kelas harus aktif dan terkawal yang mana pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid  dengan menggunakan kaedah pengajaran didik hibur , aktiviti kumpulan , persembahan / lakukan , bacaan berirama dll .
2.  Penguasaan pembelajaran murid dilihat kepada objektif pengajaran yang ditetapkan dalam RPH
3. Hasil kerja murid dilihat daripada semakan buku latihan pelajar yang disemak oleh guru dan ada pembetulan
4.  Perancangan dan persediaan guru dilihat dari penyediaan RPH yg mengikut format std kssr yang tersusun , ada menyediakan bahan bantuan pengajaran untuk topik itu. Bahan bantuan pengajaran tak perlu cangih tapi sesuai dan  berkesan .
5. Kaedah penyampaian merujuk kepada teknik pengajaran yang digunakan , suara guru dan keyakinan dalam  penyampaian   isi pengajaran

6. Kemahiran komunikasi - wujud komunikasi 2 hala guru murid dan wujudnya suasana erat dan mesra . pelajar tidak  merasa tertekan atau menjadi pasif.
7. Penggunaan sumber pendidikan - merujuk kepada bahan bantuan pengajaran yang digunakan
8. Penilaian - merujuk kepada soalan yg diajukan oleh guru kepada pelajar dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Solan harus jelas , mudah difahami , menyeluruh , tersusun dari mudah kepada yg lebih susah serta memberi masa  kepada  pelajar untuk menjawab.
9. Penguasaan isi kandungan pengajaran - guru yakin akan isi pengajaran yang hendak disampaikan
10.Penguasaan kelas - dilihat pada aspek pengurusan kelas diperingkat awal , kelas bersih , tersusun dan terurus supaya   pengajaran berada dalam situasi yang kondusif. Guru harus berkeupayaan mengawal keseluruhan proses pengajaran.  Suasana kelas yang aktif , beritma , menyeronokkan dan pelajar nampak ceria mengikut pengajaran guru. Kelas tak  semestinya sunyi sepi atau menjadi pasif. 
Alat bantuan mengajar TIDAK semestinya cangih dan memadailah dengan menggunakan sumber yang sedia ada kerana TIDAK semua sekolah mempunyai kemudahan teknologi pendidikan terkini yang cangih . Guru boleh menyediakan alat bantuan mengajar atas usaha sendiri dan berdasarkan keupayaan kelas pelajar yang dipertanggungjawabkan.

Ciri - ciri alat bantuan mengajar yang baik adalah :
 1. Sesuai dengan prestasi kelas yang diajar
2. Besar dan jelas kelihatan oleh semua pelajar
3. Pemilihan warna dan perkataan yang boleh menarik perhatian pelajar
4. Berkesan untuk membantu meningkatkan kefahaman pelajar untuk memahami topik yang diajar 5. Dilakukan dengan teknik yang betul dan guru mahir menggunakannya supaya proses pengajaran berjalan      lancar

PENGAJARAN BERPUSATKAN PELAJAR – LAKUNAN
Pelajar yang melaksanakan proses pengajaran pada masa itu dan guru bertindak sebagai pemudah cara. Gabungan penggunaan alat bantuan mengajar dan aktiviti yang dijalankan oleh pelajar dapat menarik dan menyeronokan proses pengajaran. Teknik didik hibur amat berkesan jika dapat dilaksanakan dengan betul seperti nyanyian , lakukan dan aktiviti kumpulan. Pelajar diberikan peranan untuk melakunkan aktiviti yang dirancang. Kawalan dan pengurusan kelas amat penting pada ketika aktiviti persembahan pelajar sedang dijalankan. Wujudnya ritma dalam proses pengajaran.

LATIHAN DALAM KUMPULAN

Pelajar boleh melakukan aktiviti dalam kumpulan yang dirancang oleh guru kerana proses ini dapat membantu pelajar menghayati dan menjiwai isi pengajaran yang dirancang . Membentuk pengajaran  berasaskan belajar kesilapan melalui pengalaman. Kesannya :

1. Pelajar akan berlumba - lumba untuk melakukan   yang terbaik untuk kumpulan mereka.
2. Membentuk daya saing yang positif dan sentiasa  bersemangat. 

Ini merupakan proses pengajaran yang berkesan dan proses pengajaran TIDAK semestinya berlaku dalam kelas . Ia boleh dijalankan dalam bilik - bilik khas yang disediakan kerana ia akan memberikan pengalaman baru kepada mereka.


No comments:

Post a Comment