Tuesday, 16 December 2014

HUDUD  DARI PERUNDANGAN SYARIAH
Hudud berasal daripada perkataan 'had' yang membawa maksud mencegah,menyekat atau halangan.Hudud merupakan hukuman tertentu terhadap sesuatu perbuatan yang telah ditetapkan oleh Allah dan wajib dilaksanakan untuk menjaga hak Allah dan kepentingan masyarakat awam. Seringkali kita terdengar perbalahan mengenai hudud di mana-mana sahaja.Oleh yang demikian,bagi memberikan gambaran secara jelas kepada golongan menimbulkan pelbagai polemik apabila Kelantan yang menjadi negeri pertama yang akan melaksanakannya selepas Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 Kelantan diluluskan. Sejak 1993 apabila kerajaan
Kelantan mula memperkenalkan Kanun Jenayah Syariah, Kelantan telah menubuhkan jawatankuasa yang berperanan memberi aspek penerangan kepada orang ramai tentang bagaimana hendak ‘memperundangkan’ ia melalui falsafah hudud daripada segi syariah secara menyeluruh dan sebagainya . Jadi jawatankuasa itu setiap tahun berseminar mengenai hudud di Kelantan dan dijemput keluar untuk memberikan seminar. Tetapi setelah beberapa lama usaha itu disempurnakan dan disiapkan perundangan itu, satu perkara yang menyebabkan terhalang undang-undang di peringkat pusat, apa yang dinamakan sebagai Akta Mahkamah Syariah 1965.
 Itu dianggap sebagai undang-undang yang memberikan batasan di peringkat negeri jika hendak digubalkan, tidak boleh daripada enam kali sebatan, tiga tahun penjara dan lima ribu ringgit denda. Dan oleh kerana undang-undang jenayah syariah Kelantan, hudud itu berasaskan kepada qisas dan sebagainya, perundangan itu melampaui had yang ditetapkan. Maka ia dianggap bercanggah dengan peruntukan Federal. Perkara ini muncul semula apabila perdebatan di Parlimen persoal tentang peruntukan 635 ini iaitu Akta Mahkamah Syariah 1965. Dengan cara ini perundangan ini dapat dilaksanakan. Tetapi entah macam mana perkara ini ditukar kepada Private Bill.

Perkara ini masih di bawah perbincangan, dan bagaimana hendak dibawa dan ia telah diputuskan. Kemudian timbul isu sama ada boleh diamallkan atau tidak perundangan hudud ini daripada sudut infrastruktur iaitu mahkamah, mahkamah rayuan, hakim yang pakar dalam kes yang melibatkan hudud serta peguam-peguam yang mahir. Perkara-perkara itu sentiasa menjadi penghalang sehingga pelaksanaan itu tidak dapat dibuat. Ini termasuklah polis dan penjara. Jika rang undang-undang ini tidak dihasratkan untuk dibentangkan, maka sampai bila-bila pun rakyat negara ini tidak akan membincangkannya secara terbuka. Kebimbangan dari pelbagai aspek secara munasabah, perlu diambil kira. Walau bagaimanapun, kebimbangan itu tidak seharusnya bertujuan untuk menafikan hudud sebagai sesuatu yang perlu menjadi cita-cita dalam undang-undang negara. Sebagai rakyat yang beragama Islam, ia mesti menjadi sebahagian daripada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan, menurut kepada kapasiti masing-masing.Perlu juga difahami bahawa hudud adalah perintis kepada Undang-undang Islam. Selepasnya, “qisas”, “diat” dan “takzir” pula akan menyusul. Jika ia berjaya memberi makna kepada kehidupan masyarakat di negara ini, sudah tentu rangkaian Undang-undang Islam lain akan jauh lebih mudah untuk diterima. Sekalipun, kemungkinan untuk ia dilaksanakan bukan pada ketika hayat kita.

No comments:

Post a Comment