Sebagai umat Islam, kita sentiasa digalakkan agar mencari harta kekayaan dengan cara yang baik dan diredhai oleh Allah SWT. Oleh itu, kita haruslah mengamalkan akhlak-akhlak yang mulia dalam menjalankan urusan muamalat dengan pihak yang lain seperti bersifat amanah, adil, jujur, ikhlas dan
sebagainya. Dalam menjalankan sesuatu kegiatan perniagaan yang dapat memberi faedah kepada seluruh manusia, kegiatan-kegiatan tersebut hendaklah berteraskan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT dan menurut Syariat Islamiah. Keimanan kepada Allah SWT merupakan benteng untuk menghalang seseorang daripada melakukan perkara-perkara yang tidak diingini dan dilarang keras oleh agama Islam. Oleh itu, dalam topik ini kita akan berbincang mengenai peranan asas muamalat dalam syariat Islam yang harus dijalankan agar ia dapat menjalinkan hubungan baik sesama umat manusia.
Pada bahagian ini, kita akan bincangkan tentang penglibatan Nabi Muhammad SAW dalam dunia keusahawanan sehingga menjadi seorang ahli korporat yang berjaya serta diberi gelaran Âl-Amin oleh masyarakat tempatan.Muamalat (perniagaan) merupakan satu-satunya mata pencarian terpenting bagi penduduk Makkah. Rasulullah SAW yang berasal dari keturunan Quraysh yang giat dalam perniagaan juga tidak terlepas dari dunia perniagaan. Kalau kita tinjau sepintas lalu isi kitab Sahih al-Bukhari (kitab himpunan Hadis), terdapat lebih daripada 500 hadis Rasulullah SAW yang menyentuh tentang perniagaan. Disamping itu, kitab-kitab sejarah seperti Mukjam al-Buldan telah mencatatkanperistiwa-peristiwa pengembaraan Rasulullah SAW berniaga ke negara-negara jiran.Baginda sendiri menganggap perniagaan sebagai sumber rezeki yang paling luas Setelah wafat datuk baginda Rasulullah SAW, Abdul Muttalib, baginda tinggal dan dipelihara oleh pakciknya, Abu Talib yang juga terkenal sebagai peniaga yang profesional. Pada usia 12 tahun, buat pertama kali Rasulullah SAW telah terlibat secara langsung dengan dunia perniagaan apabila pakciknya membawa
baginda ke Syria untuk berniaga. Meskipun usianya amat muda, namun Rasulullah SAW tidak merasa gentar malah baginda amat seronok membabitkan diri dalam bidang yang mencabar ini. Sewaktu Abu Talib mengetuai rombongan perniagaan itu beliau meyakinkan teman-temannya bahawa Rasulullah SAW tidak akan menambah beban malah akan lebih banyak menolong dalam perniagaan mereka itu.Oleh kerana Rasulullah SAW dipelihara dan dibesarkan dalam keluarga peniaga,maka pengetahuannya tentang perniagaan terus meningkat. Apabila baginda sudah agak dewasa dan pakciknya pula mula uzur kerana umur dan tanggungan yang banyak, maka baginda dengan tidak teragak-agak memulakan perniagaannya sendiri dengan membeli barangan dari sebuah pasar dan diniagakan di pasar-pasar lain. Peristiwa ini membuktikan bahawa Nabi Muhammad SAW telah memulakan perniagaan lebih awal dari masa beliau bertunang dan terlibat dengan perniagaan isterinya yang pertama Saidatina Khadijah RA (Sabri Salamon, 1992).
No comments:
Post a Comment