Keikhlasan Sebagai Guru
“Guru
membina sahsiah dan membentuk nilai manusia melalui penjanaan modal insan. Oleh
itu, kita sendiri tidak mungkin dapat membalas sepenuhnya jasa guru kita. Jasa
guru akan terus bersambung selagi ada generasi yang ingin menerima ilmu.
Sumbangan mereka tidak pernah putus.Sekali dia menjadi guru, selamanya
dia akan dipanggil guru. Jika dulu dia adalah guru kita, mungkin sekarang dia
adalah guru kepada keturunan kita. Tidak ada satu anugerah walau sebesar
manapun dapat membalas jasa guru, hatta dibayar dengan segunung harta mahupun
sejumlah wang ringgit membalas setiap ilmu yang diterima”–ceyh, itulah
ayat sering kedengaran setiap masa kan?
Besarnya
ikhlas kepada orang yang beriman
Sebenarnya saya dan beberapa orang rakan lagi
baru sahaja selesai menjalani program berasaskan sekolah (PBS) disebuah sekolah
didaerah tumpat. Ya, memang agak seronok. Lagipun semua guru – guru disitu baik
– baik belaka.Namun terlahir dibenak fikiran saya, adakah tugas guru itu
kita jalankan secara ikhlas atau sekadar memenuhi tuntutan untuk mendapatkan
gaji?Ada orang berkata: “Alah, buat apa susah-susah fikir fasal ikhlas
ke tak ikhlas? Tak fikir langsung kan bagus? Buat pening sahaja. Asal kerja
jalan sudah.”Ya. Mungkin kita nampak, ‘benda-benda tidak nampak’ ini
melecehkan.Tetapi ikhlas hakikatnya adalah syarat utama mencapai ISO
yang Allah tetapkan. Ikhlas menjamin kelangsungan kerja yang berpanjangan,
kekuatan diri dalam melaksanakan amalan dan mempertahankan diri dari keputus
asaan dan kekecewaan.Ikhlas ini besar kerana silap di dalam ikhlas, akan
membawa kita ke pengakhiran yang berlainan. Ini terbukti apabila ‘niat’
dianggap sangat-sangat besar dan penting di dalam Islam. Lihatlah dalam apa
kitab hadith sekalipun. Biasanya yang dimulakan adalah hadith berkenaan niat.
“Sesungguhnya
setiap amal itu dikira dengan niat. Dan sesungguhnya setiap orang itu dengan
apa yang diniatkan olehnya. Sekiranya dia berniat berhijrah kerana Allah dan
rasulNya, maka dia akan berhijrah kepada Allah dan rasulNya. Tetapi sekiranya
dia berniat berhijrah kerana dunia dan segala habuannya, atau kerana perempuan
untuk menikahinya, maka dia akan berhijrah ke arah apa yang dia hendak hijrah
kepadanya.” Hadith
sohih muttafaq alaih.
Keikhlasan adalah penting.
Besar kepada orang yang beriman yang berhajatkan redha Allah SWT. Yalah,
sekiranya niatnya salah, maka redha Allah bukan berada dalam genggamannya.
Sekiranya niatnya salah, maka segala amal adalah sia-sia dan tidak dikira.Maka
mengapa perkara ini tidak diperhatikan?
Perhatikan
Diri Kita
Maka kita perhatikan diri
kita. Pada saat-saat pergeseran antara keinginan untuk ikhlas, dan keperluan
yang mendesak datang. Maka di situlah kita ukur kualiti diri kita yang sebenar.
Di situlah titik ujian dan muhasabah.
Apakah kita mampu untuk
ikhlas?Apabila kita faham makna ikhlas, dan keperluannya dalam kehidupan
kita sebagai hamba, maka kita akan berusaha menjaganya sebaik mungkin, dan
berusaha mewujudkannya dengan kesungguhan yang tidak terkira.
No comments:
Post a Comment