Suatu Strategi Belajar
Saya adaptasi strategi ini dari saranan Prof Katzung, seorang penulis buku teks dalam perubatan yang terkenal.
1. Selepas membaca 2,3 mukasurat cuba tulis balik maklumat-maklumat penting yang telah dibaca dari memori. Kalau perlu, rujuk semula teks dan betulkan apa-apa yang silap. Jangan takut untuk silap ! Mana ada orang yang sedang belajar tak buat silap. Hebat macamana pun mesti buat silap ma… Yang penting bukan menghasilkan nota yang cantik tapi nota yang berkesan. Jangan terpukau dengan nota-nota yang cantik kerana ramai pelajar yang agak lemah mempunyai nota yang sangat cantik tetapi tidak berguna kepada mereka di dunia dan mungkin juga di akhirat.
2. Tulis balik gambarajah-gambarajah, jadual-jadual dan sebagainya yang telah dibaca dari memori dan betulkan dari buku teks kemudiannya.
3. Buat atau cari mnemonics untuk apa yang telah dibaca.
4. Mencuba-cubalah dengan pelbagai kaedah belajar seperti belajar solo vs belajar berkumpulan dan lain2
5. Membaca sejam setiap hari lebih baik dari sepuluh jam pada hujung minggu. Menimba ilmu yang susah biasanya adalah proses yang memakan masa. (Tapi jangan ambil masa yang terlalu lama. Tengok-tengok prestasi kawan-kawan yang lebih cemerlang)
6. Kaji soalan-soalan lepas untuk melihat apa yang penting dan apa yang kurang penting untuk sesuatu tajuk.
Print apa yang tertulis di atas dan lekat pada muka hadapan buku nota anda. Jika anda malu untuk melakukannya maka tukar font tulisan kepada Wingdings 2 dan lekat. Sukar untuk mengubah cara belajar kita yang tidak berkesan kepada yang lebih berkesan melainkan cuba melakukannya setiap hari selama lebih 30 hari. Tak selesa? Memanglah. Bukan senang mahu berubah. Bukan senang orang-orang yang sudah lama hanya bercawat ke sana sini mahu memakai baju dan seluar walaupun baju itu boleh memelihara badan mereka dari kesejukan dan penyakit. Untuk menjadi lebih berjaya kita perlu mahu berubah. Berubahlah.
No comments:
Post a Comment