Wednesday, 4 December 2013

Lembap
Terasa lembap dalam kelas? Mungkin masalahnya ialah kerana makan terlalu kenyang. Saya ada menjenguk buku yang ditulis oleh Prof Muhaya di salah sebuah kedai buku beberapa bulan lepas. Apa yang saya boleh ingat dari tulisan beliau ialah nasihatnya agar tidak makan sehingga kenyang sebelum mahu belajar. Sebelum belajar dan sebelum menghadiri kelas cuba jangan makan nasi lemak, roti canai dan sebagainya. Kalau di sini saya tengok ramai profesor dan pelajar yang makan pagi atau tengah harinya hanya buah-buahan. Sebiji epal, limau dan oren sudah mencukupi untuk badan berfungsi dengan agak ok. Untuk sarapan, sekotak kecil kismis sudah memadai. Boss saya dahulu hanya makan biskut Marie untuk makan tengah hari tetapi beliau akan makan dengan agak kerap. Bila kita makan sehingga kenyang ‘mood’ untuk belajar biasanya akan hilang dan agak sukar kita mahu menghadamkan ilmu-ilmu yang rumit. Kalau sekadar ceramah-ceramah politik yang mahu dihadamkan maka terpulanglah anda hendak makan apa sahaja sebelum mendengar ceramah tersebut.

No comments:

Post a Comment