Wednesday, 25 December 2013

Kerana Manisnya Madu

Malam tadi, telah diceritakan oleh seorang jemaah kepada saya, tentang suatu kisah yang luar biasa sentuhannya.
Suatu hari, ditakdirkan seorang lelaki dikejar oleh seekor singa lapar. Dengan tenaga seorang pemuda, ia melarikan diri hingga terjumpa sebuah telaga buta. Nasibnya agak baik, kerana terdapat satu tali pada telaga tersebut. Ia menggunakan tali tersebut menuruni telaga buta itu.
Tidak semudah itu, belum pun sampai ia ke bawah telaga buta, ternampak ia akan beberapa ekor ular berbisa sedang menantinya. Terpaku ia di situ.
Belum pun habis musibah tadi, hadir seekor tikus putih dan seekor tikus hitam. Kedua-duanya menggigit tali tersebut perlahan-lahan. Siapa sahaja yang berada pada keadaan tersebut pasti keluh resah. Terlalu hebat dugaan tersebut.  Beberapa ketika kemudiannya, hadir sekumpulan lebah berterbangan ke arahnya.
Secara kebetulan, setitik madu daripada lebah-lebah tadi jatuh dan termasuk ke dalam mulutnya. Kerana manisnya madu, ia telah terlalai daripada kebimbangannya pada singa dan ular-ular tadi.
____
Sebenarnya, kiasan kepada singa tadi adalah malaikat maut yang tidak terleka untuk mengambil nyawa kita. Dan ular-ular tadi adalah azab seksa Allah pada sesiapa yang bersalah.
Pada tali tersebut, ia dikiaskan kepada masa hidup di dunia ini yang pasti ada kesudahannya. Manakala tikus putih dan tikus hitam itu adalah perjalanan siang dan malam.
Namun, kerana enaknya kebahagiaan dunia ini, yang dikiaskan dengan hanya setitik madu, kita sering terlupa segala yang bakal kita lalui.

No comments:

Post a Comment