Wednesday, 4 December 2013

Pembelajaran aktif dan pasif
Kebanyakan pelajar belajar secara pasif dan adalah tidak menghairankan keputusan peepriksaan mereka tidak mencapai potensi mereka yang sebenar. Saya juga sering belajar secara pasif dan mungkin sekali dalam masa beberapa tahun saya sedar kesilapan yang sungguh merugikan ini. Cara biasa yang digunakan oleh ramai orang untuk belajar ialah mendengar sesuatu maklumat, mengambil nota sambil membaca buku atau sekadar membaca buku teks dengan begitu sahaja berulang-ulang kali sambil menggunakan highlighter dengan harapan agar sebahagian maklumat akan melekat di ingatan. Memang tidak dapat dinafikan bahawa kita memang terpaksa belajar sesetengah perkara secara pasif kerana ketetapan universiti, sekolah dan sebagainya namun dalam banyak keadaan kita boleh belajar secara lebih aktif.
Di antara cara pembelajaran yang lebih aktif ialah:
- Menjawab bank soalan peperiksaan tahun-tahun yang lepas sambil sesekali mencari jawapan dalam buku teks atau nota
- Berlatih menjawab soalan-soalan esei dengan berbincang dengan seorang kawan
- Berlatih mengambil peperiksaan secara olok-olok dalam suasana peperiksaan
- Membuat rumusan terhadap apa yang dibaca
- Menerangkan sesuatu perenggan yang sukar difahami kepada kawan yang lain
- Mencipta soalan-soalan peperiksaan versi sendiri dari teks, nota, jurnal yang dibaca

No comments:

Post a Comment