Walaupun ungkapan Rasulullah s.a.w diatas tidak menjelaskan dengan terperinci apakah bentuk persahabatan itu tetapi cukup dengan memberikan kiasan terindah iaitu "bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah". Dua sahabat ini bertemu demi keredhaan Allah s.w.t. Persahabatan mereka tidak dicemari langsung oleh apa-apa niat tidak baik atau kepentingan diri atau prasangka dan perbuatan yang buruk.
Dalam hadith seterusnya Baginda memberikan gambaran yang mendalam bagi mengukuhkan maksud hadith di atas. Hadith yang diriwayatkan oleh Muslim ini antara lain menceritakan tentang seruan Allah s.w.t di akhirat nanti ;
"Manakah orang yang berkasih sayang dengan sebab kemuliaan-Ku? Kerana hari ini Aku akan naungi mereka dengan naungan-Ku pada hari yang tiada naungan lagi selain naungan-Ku".
Allahu Akbar! Begitu sekali seruan Allah s.w.t dalam memberikan ganjaran kepada mereka yang berkasih sayang dan bersahabat demi mencari keredhaan Allah Ta'ala.
Imam al-Nawawi juga membawa hadith yang diriwayatkan oleh Muslim yang Rasulullah s.a.w telah menceritakan kepada sahabat tentang satu kisah yang pernah berlaku suatu masa dahulu. Kisah tersebut ialah kisah seorang sahabat ingin menziarahi seorang sahabatnya yang tinggal dalam sebuah kampung yang lain. Lalu Allah s.w.t. telah mengutuskan malaikat untuk bertemu dengan lelaki itu.
Malaikat yang menyamar sebagai manusia itu lalu bertanya kepada lelaki itu, "Kemana engkau ingin pergi? "Lelaki itu menjawab: "Aku ingin pergi bertemu sahabatku di kampung ini."Lalu disoal lagi lelaki itu tentang tujuannya menziarahi sahabat itu. Lelaki itu menajwab dengan jawapan yang amat indah mengenai sebab utama dia ingin menziarahi sahabatnya, iaitu; " Aku mengasihi sahabatku kerana Allah s.w.t.
Maka Malaikat itupun terus memberitahunya bahawa dirinya adalah malaikat yang disuruh untuk memberitahu lelaki itu bahawa Allah Ta'ala mengasihinya sebagaimana dia mengasihi saudaranya kerana Allah. Kisah ini cukup besar dan bermakna ertinya bagi memberikan maksud sejauh mana nilai serta harga persahabatan yang berlandaskan keredhaan Allah s.w.t. Persahabatan yang membawa kepada cinta Allah s.w.t!..
Marilah kita sama-sama bermuhasabah diri adakah kita tergolong dalam golongan yang dimaksudkan oleh hadith diatas. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang mendapat redha Allah diakhirat kelak. Untuk akhirnya marilah kita mengenang kisah kasih Rasulullah s.a.w kepada sahabat-sahabatnya yang dinukilkan oleh Imam al-Nawawi iaitu hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan al-Nasa'ie, Baginda berkata kepada salah seorang sahabat yang bernama Mu'az bin Jabal: "Ya Mu'az demi Allah, sesungguhnya aku mengasihimu. Kemudian aku ingin berpesan kepadamu, jangan engkau lupa untuk membaca selepas solat doa berikut( yang bermaksud) ;" Wahai Tuhanku, bantulah aku untuk mengingati-Mu, bersyukur kepada-Mu dan mengelokkan ibadah untuk-Mu".
Lihat bagaimana Rasulullah s.a.w sendiri memberitahu Mu'az tentang kasih baginda sebagai seorang sahabat. Kemudian setelah itu baginda menunaikan tanggungjawab sebagai sahabat dengan memberi pesanan berkaitan doa yang amat baik dibaca selepas solat. Itulah sikap seorang sahabat yang ikhlas dan inginkan kebaikan dunia dan akhirat bagi sahabatnya!

Ya Allah, kurniakanlah kami sahabat yang mengasihi kami kerana-Mu, kurniakan juga untuk kami kekuatan untuk mengasihi mereka dalam mencari redha-Mu dan bantulah kami untuk bersama mentaati-Mu. Amin,ya Rabbal 'alamin!
No comments:
Post a Comment