Tuesday, 16 December 2014
Untuk berjaya dalam hidup, motivasi diri
boleh dikatakan suatu keperluan. Kita mesti tahu bagaimana untuk memotivasikan
diri kita. Kita juga perlu mempunyai semangat yang tinggi walau dalam keadaan
seteruk mana pun. Sesiapa yang kehilangan semangat ketika melalui situasi yang
sukar akan berdepan dengan kekalahan walaupun perjalanannya belum pun berakhir.
Persoalannya disini, bagaimana cara
untuk mendapatkan motivasi diri. Disini ada diberikan sedikit tips
motivasi diri yang
sedikit sebanyak diharap boleh membantu anda dalam mengharungi kesulitan
mahupun kesukaran dalam perjalanan kehidupan.Artikel motivasi ini
membincangkan tentang apa yang perlu ada dalam diri untuk sentiasa bersemangat
dalam mengejar cita-cita.
Tahu Tujuan
Tiada sumber motivasi yang lebih kuat
untuk anda berjaya dari tujuan anda melakukannya. Tujuan anda adalah inspirasi
terbaik untuk memberi perangsang dalam menghadapi kesulitan di kemudian hari.
Ia akan dapat membantu anda melakukan perkara-perkara yang dilihat
mustahil pada pandangan manusia normal. Bila anda fikir anda sudah tiada
semangat untuk meneruskan perjalanan, ingat balik tujuan anda melakukannya dan
motivasi itu akan kembali kepada anda serta merta.
Tetapkan Impian atau Matlamat.
Tujuan anda untuk berjaya merupakan
sumber motivasi yang
kuat tapi masih belum cukup untuk merealisasikan apa yang anda mahukan. Anda
perlu ada impian atau matlamat. Anda perlu bayangkan apa yang akan berlaku pada
anda apabila anda berjaya mencapai tujuan anda. Memiliki impian sangat penting
sebab sangat susah untuk bermotivasi jika anda tiada matlamat yang
khusus. Bayangkan pemain bola sepak. Adakah mereka akan bermotivasi jika
tiada pintu gol untuk dijaringkan? Mereka memerlukan matlamat. Begitu juga anda.
Matlamat atau impian yang ditetapkan mestilah cukup besar untuk
menginspirasikan anda. Ia harus realistik dan mencabar untuk mengeluarkan anda
dari zon selesa yang anda duduki sekarang ini.
Mempunyai Keinginan Yang Kuat
Untuk benar-benar mendapat motivasi diri
yang jitu, anda mesti mempunyai keinginan yang kuat. Ini akan membantu anda
ketika melalui situasi-situasi yang sulit dan memastikan anda berusaha untuk
melakukan prestasi yang terbaik walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Jika
anda berasa seperti keinginan anda semakin pudar, apa yang perlu anda lakukan
ialah untuk melihat kembali kepada impian dan matlamat anda. Ini akan
memberikan motivasi kepada diri anda dan meningkatkan lagi rasa keinginan anda.
Tetapkan Haluan Sendiri
Membandingkan diri anda dengan orang
lain biasanya akan mengurangkan keyakinan anda. Walaupun anda pada mulanya
bersemangat, lama-kelamaan anda mula terasa kekurangan diri jika dibandingkan
dengan orang lain. Elakkan ini terjadi kepada anda. Anda mempunyai matlamat
sendiri dan apa yang orang lain kecapi tidak perlu dibandingkan dengan diri
anda. Setiap orang mempunyai perjalanan hidup dan keadaan yang berbeza.
Membandingkan diri anda dengan orang lain adalah seperti membandingkan prestasi
seorang perenang dengan seorang pelari menggunakan standard masa yang sama.
Mereka berdua dalam situasi yang berbeza jadi ianya adalah tidak relevan untuk
membandingkan kedua-dua orang ini.
Berani Meneruskan Perjalanan
Apabila anda bertemu dengan cabaran
dalam perjalanan anda untuk berjaya, anda mungkin cenderung untuk menghentikan
perjalanan itu. Anda mungkin berfikiri bahawa ia terlalu sukar untuk
diteruskan. Tetapi, ini sebenarnya adalah saat dimana anda boleh melihat
perbezaan antara seorang yang menang ataupun seorang yang kalah. Meskipun kedua-duanya
menghadapi kesulitan yang sama, tetapi satu perkara yang membezakan adalah
keberanian untuk meneruskan perjalanan itu. Jika berhadapan dalam situasi yang
sukar, fokuskan pemikiran anda untuk meneruskan langkah kehadapan. Jangan
berfikir bagaimana untuk menyelesaikan perlumbaan atau berapa banyak lagi
cabaran yang akan ditempuhi. Tetapi, hanya fokus untuk mengambil langkah yang
seterusnya.
Lupakan Masa Silam
Percaya atau tidak, salah satu pemusnah motivasi diri anda adalah masa silam anda sendiri.
Ia boleh memberi beban yang berat diatas bahu yang perlu anda pikul. Walaupun
begitu, ia adalah sesuatu yang boleh anda tinggalkan. Anda mungkin membuat
kesalahan pada masa lalu. Anda mungkin telah mengecewakan orang lain dengan apa
yang anda lakukan. Tapi itu semua sudah berlalu. Ia adalah sesuatu yang tidak
dapat anda ubah lagi hakikatnya. Hari ini adalah hari yang baru dan anda
sentiasa mempunyai peluang untuk memulakan semula hari anda. Tidak kira seteruk
mana masa silam anda, masih ada masa depan yang cerah menanti jika anda berani
meneruskan perjalanan.
Sekian, semoga tips motivasi diri yang diberikan diatas boleh
membantu anda untuk mengecapi kejayaan dalam hidup. Tidak kira sesusah mana pun
cabaran yang dihadapi, teruskan usaha anda, berdoalah untuk mendapat yang
terbaik, dan bertawakal kepada Allah.
Monday, 15 December 2014
Adakah sistem muamalat telah wujud sejak dari zaman Nabi Muhammad SAW lagi? Bincangkan.
Sebagai umat Islam, kita sentiasa digalakkan agar mencari harta kekayaan dengan cara yang baik dan diredhai oleh Allah SWT. Oleh itu, kita haruslah mengamalkan akhlak-akhlak yang mulia dalam menjalankan urusan muamalat dengan pihak yang lain seperti bersifat amanah, adil, jujur, ikhlas dan
sebagainya. Dalam menjalankan sesuatu kegiatan perniagaan yang dapat memberi faedah kepada seluruh manusia, kegiatan-kegiatan tersebut hendaklah berteraskan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT dan menurut Syariat Islamiah. Keimanan kepada Allah SWT merupakan benteng untuk menghalang seseorang daripada melakukan perkara-perkara yang tidak diingini dan dilarang keras oleh agama Islam. Oleh itu, dalam topik ini kita akan berbincang mengenai peranan asas muamalat dalam syariat Islam yang harus dijalankan agar ia dapat menjalinkan hubungan baik sesama umat manusia.
Pada bahagian ini, kita akan bincangkan tentang penglibatan Nabi Muhammad SAW dalam dunia keusahawanan sehingga menjadi seorang ahli korporat yang berjaya serta diberi gelaran Âl-Amin oleh masyarakat tempatan.Muamalat (perniagaan) merupakan satu-satunya mata pencarian terpenting bagi penduduk Makkah. Rasulullah SAW yang berasal dari keturunan Quraysh yang giat dalam perniagaan juga tidak terlepas dari dunia perniagaan. Kalau kita tinjau sepintas lalu isi kitab Sahih al-Bukhari (kitab himpunan Hadis), terdapat lebih daripada 500 hadis Rasulullah SAW yang menyentuh tentang perniagaan. Disamping itu, kitab-kitab sejarah seperti Mukjam al-Buldan telah mencatatkanperistiwa-peristiwa pengembaraan Rasulullah SAW berniaga ke negara-negara jiran.Baginda sendiri menganggap perniagaan sebagai sumber rezeki yang paling luas Setelah wafat datuk baginda Rasulullah SAW, Abdul Muttalib, baginda tinggal dan dipelihara oleh pakciknya, Abu Talib yang juga terkenal sebagai peniaga yang profesional. Pada usia 12 tahun, buat pertama kali Rasulullah SAW telah terlibat secara langsung dengan dunia perniagaan apabila pakciknya membawa
baginda ke Syria untuk berniaga. Meskipun usianya amat muda, namun Rasulullah SAW tidak merasa gentar malah baginda amat seronok membabitkan diri dalam bidang yang mencabar ini. Sewaktu Abu Talib mengetuai rombongan perniagaan itu beliau meyakinkan teman-temannya bahawa Rasulullah SAW tidak akan menambah beban malah akan lebih banyak menolong dalam perniagaan mereka itu.Oleh kerana Rasulullah SAW dipelihara dan dibesarkan dalam keluarga peniaga,maka pengetahuannya tentang perniagaan terus meningkat. Apabila baginda sudah agak dewasa dan pakciknya pula mula uzur kerana umur dan tanggungan yang banyak, maka baginda dengan tidak teragak-agak memulakan perniagaannya sendiri dengan membeli barangan dari sebuah pasar dan diniagakan di pasar-pasar lain. Peristiwa ini membuktikan bahawa Nabi Muhammad SAW telah memulakan perniagaan lebih awal dari masa beliau bertunang dan terlibat dengan perniagaan isterinya yang pertama Saidatina Khadijah RA (Sabri Salamon, 1992).
ngatlah
akan firmaNnYA TENTANG MANUSIA:
1) Dan manusia mendoa untuk kejahatan sebagaimana ia mendoa untuk kebaikan. Dan adalah manusia bersifat tergesa-gesa. (Al-Isra’.11)
2) “Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.” (Q.S Al-Baqarah 155)
3) “Allah hendak memberikan keringanan kepadamu dan manusia dijadikan bersifat lemah” (Q.S. Annisa; 28)
4) “Apabila ia ditimpa kesusahan ia berkeluh kesah” (Q.S Al Ma’arij : 20)
5) “Manusia tidak jemu memohon kebaikan, dan jika mereka ditimpa malapetaka dia menjadi putus asa lagi putus harapan.” (Q.S Al-Fushshilat .49)
6) “Dan apabila Kami berikan kesenangan kepada manusia niscaya berpalinglah dia; dan membelakang dengan sikap yang sombong; dan apabila dia ditimpa kesusahan niscaya dia berputus asa” (al-Isra’ 83)
dan Maha Benar Allah,
7) "Dan kami jadikan sebahagian kamu sebagai cobaan bagi sebahagian yang lain. Maukah kamu bersabar?; dan adalah Tuhanmu maha Melihat.
[Al-Furqan :20]"
Setiap kelemahan manusia yang Allah firmankan dalam Alquran, ada penawarnya ada jalannya Allah tunjukkan, seperti contoh
Untuk ayat 20 sural Al Maarij balance bagi keluh kesah adalah dari ayat 22 hingga ke 35 surah Al Maarij.
Begitu juga Al Baqarah ayat 155 ada neutralizer/ antidote nya, dan indah sekali apabila di ajarnya pula bila di timpa malapetaka untuk mengucapkan pula
" Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." (Al Baqarah 156). Di tambah kan sedap nya lagi dengan sabda nabi dengan doa "Ya Allah, berikanlah kepadaku pahala dalam musibah ini, dan gantikanlah aku dengan yang lebih baik daripadanya".
Begitulah kesedihan UMMU Salamah yang kematian suami tercinta Abu Salamah, dengan yakinnya mempraktikan 2 cara seperti di atas dalam menghadapi musibah, Subhanallah beliau mendapat Rasul Akhir Zaman sebagai gantinya sang suami tercinta yang telah pergi. Subhanallah Allah Hu Akbar.
Jadi untuk berdukacita atau bersedih itu lumrah manusia, tapi ada adab dan tatacaranya saudari dan Insyallah ianya membawa kepada jalan yang menenangkan hati dan ketenteraman jiwa.
Selain dari surah Al Baqarah 156 dan doa nabi yang disebut, ada lagi satu dari pengalaman sendiri ketika menghadapi ujian2 berat ini.
Bacalah Al - quran, dan bukan sekadar baca, tapi hayatilah dan fahamilah isi kandungannya( sekarang banyak tafsir), kita boleh menangis dibuatnya, kerana sekira penghayatannya betul, saudari seolah merasakan bahawa Allah swt sedang berbicara dengan saudari, menasihati saudari dan memujuk saudari dengan penuh kelembutan dan kasih sayang.
Benarlah akan firmanNYa
" Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman.” (Yunus, ayat 57) "
Bersama2 lah kita ingat mengingati. Mudah mudahan Allah swt memberi petunjuk dan hidayah pada saudari dan kita semua buat menongkah hari hari yang mendatang. Amin Robbil Alamin. Jazakallah.
1) Dan manusia mendoa untuk kejahatan sebagaimana ia mendoa untuk kebaikan. Dan adalah manusia bersifat tergesa-gesa. (Al-Isra’.11)
2) “Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.” (Q.S Al-Baqarah 155)
3) “Allah hendak memberikan keringanan kepadamu dan manusia dijadikan bersifat lemah” (Q.S. Annisa; 28)
4) “Apabila ia ditimpa kesusahan ia berkeluh kesah” (Q.S Al Ma’arij : 20)
5) “Manusia tidak jemu memohon kebaikan, dan jika mereka ditimpa malapetaka dia menjadi putus asa lagi putus harapan.” (Q.S Al-Fushshilat .49)
6) “Dan apabila Kami berikan kesenangan kepada manusia niscaya berpalinglah dia; dan membelakang dengan sikap yang sombong; dan apabila dia ditimpa kesusahan niscaya dia berputus asa” (al-Isra’ 83)
dan Maha Benar Allah,
7) "Dan kami jadikan sebahagian kamu sebagai cobaan bagi sebahagian yang lain. Maukah kamu bersabar?; dan adalah Tuhanmu maha Melihat.
[Al-Furqan :20]"
Setiap kelemahan manusia yang Allah firmankan dalam Alquran, ada penawarnya ada jalannya Allah tunjukkan, seperti contoh
Untuk ayat 20 sural Al Maarij balance bagi keluh kesah adalah dari ayat 22 hingga ke 35 surah Al Maarij.
Begitu juga Al Baqarah ayat 155 ada neutralizer/ antidote nya, dan indah sekali apabila di ajarnya pula bila di timpa malapetaka untuk mengucapkan pula
" Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." (Al Baqarah 156). Di tambah kan sedap nya lagi dengan sabda nabi dengan doa "Ya Allah, berikanlah kepadaku pahala dalam musibah ini, dan gantikanlah aku dengan yang lebih baik daripadanya".
Begitulah kesedihan UMMU Salamah yang kematian suami tercinta Abu Salamah, dengan yakinnya mempraktikan 2 cara seperti di atas dalam menghadapi musibah, Subhanallah beliau mendapat Rasul Akhir Zaman sebagai gantinya sang suami tercinta yang telah pergi. Subhanallah Allah Hu Akbar.
Jadi untuk berdukacita atau bersedih itu lumrah manusia, tapi ada adab dan tatacaranya saudari dan Insyallah ianya membawa kepada jalan yang menenangkan hati dan ketenteraman jiwa.
Selain dari surah Al Baqarah 156 dan doa nabi yang disebut, ada lagi satu dari pengalaman sendiri ketika menghadapi ujian2 berat ini.
Bacalah Al - quran, dan bukan sekadar baca, tapi hayatilah dan fahamilah isi kandungannya( sekarang banyak tafsir), kita boleh menangis dibuatnya, kerana sekira penghayatannya betul, saudari seolah merasakan bahawa Allah swt sedang berbicara dengan saudari, menasihati saudari dan memujuk saudari dengan penuh kelembutan dan kasih sayang.
Benarlah akan firmanNYa
" Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman.” (Yunus, ayat 57) "
Bersama2 lah kita ingat mengingati. Mudah mudahan Allah swt memberi petunjuk dan hidayah pada saudari dan kita semua buat menongkah hari hari yang mendatang. Amin Robbil Alamin. Jazakallah.
Sepanjang musim
peperiksaan, saya melihat rakan-rakan saya begitu tekun dan bersungguh-sungguh
dalam mengulang kaji pelajaran mereka. Siang hinggalah ke malam. Namun, dalam
kesibukan mengulang kaji pelajaran mereka, mereka tidak lupa akan
kebergantunggan mereka terhadap yang SATU. Allah merupakan tuhan kita dan DIA
lah layak di sembah serta merupakan tempat tumpuan utama kita. Selalunya kita
hanya bergantung harap kepada-Nya apabila kita menghadapi kesulitan atau
kesusahan. Namun, apabila kita selami sirah junjungan besar
kita, Nabi Muhammad s.a.w, kita dapati baginda s.a.w tidak pernah lekang dalam
berdoa kepada-Nya. Tidak kira susah mahupun senang. Tidak kira waktu itu
umatnya di seksa atau tidak. Malah, ketika umat ISLAM kuat juga, baginda s.a.w
tidak pernah melupakan Allah s.w.t. Satu kisah masyur yang di ceritakan oleh
Aisyah r.anha ketika melihat suaminya yang selalu bangun malam dan memohon
keampunan daripada-Nya, lalu di tanya suami tercintanya;
“ Ya Rasulullah, engkau merupakan
hamba kesayangan-Nya dan telah di ampun dosa dahulu mahupun masa depan. Engkau
juga merupakan manusia yang telah di janjikan syurga oleh-Nya. Mengapa engkau
masih sanggup bangun malam dan berdoa kepada-Nya?” tanya Aisyah r.anha.
Apa jawab baginda
s.a.w?
” Tidak bolehkah aku menjadi di
kalangan hamba-hambaNya yang bersyukur?” jawab baginda s.a.w.
Lihat dan Fikir!
Bagimana seorang rasul yang sudah di jamin masuk syurga masih dan berteusan
mengharap keampunan kepada Allah s.w.t.? Tidak kira siang mahupun malam. Tapi
kita?… Inilah teladan terbaik bagi kita dan menjadi tanggungjawab kepada kita
untuk mengikutinya.
Satu perkara
yang aku rancang sejak dahulu, sejak dibangku persekolahan lagi ------> Buat
Master. Dulu ketika masih bergelar pelajar sekolah, setiap kali aku ditanya
apakah cita-citaku, aku mesti bantu untuk menjawabnya. Aku hanya memberi
jawapan "tak tahu lagi, sebab nak sambung master." Hanya itu jawapan
yang aku mampu bagi.Kenapa perkataan 'Master' itu begitu sebati dalam jiwaku
sejak di bangku persekolahan lagi? Semuanya kerana semagat untuk belajar. Kebanyakan
kaum kerabat aku tidak berpendidikan tinggi,berasal dari kampung yang jauh di
pedalaman, hanya bekerja biasa-biasa. Namun mereka cukup berpandangan jauh.
Sejak kecil lagi aku ditanam semangat oleh ayah angkat supaya belajar
sekurang-kurangnya sampai ke peringkat Master. Mungkin waktu itu aku masih
tidak begitu faham, namun aku tetap akur dan menganggap kehendak ayah angkat sebagai
tanggungjawab aku sebagai anaknya. Ramai yang ragu-ragu, sama ada
nak sambung master atau terus bekerja. Okey, tanya diri anda. Apa yang anda
mahu dalam hidup. Apa yang sedang bergelojak di jiwa anda sekarang. Apa passion
anda. Macam aku, semangat mahu sambung master itu telah berkobar-kobar sejak
dahulu lagi hasil suntikan semangat dari ayah angkat aku. Oleh kerana itu aku
tidak fikir panjang lagi melainkan terus memilih jalan ini.
Hari
ini hari aku memulakan kerjaya sebagai
seorang guru...berpakaian formal dan bertali leher mengimbau kembali kenangan
melakukan pembentangan tesis di hadapan rakan2 sewaktu di universiti suatu masa
lalu.Sedikit perkongsian buat teman2 yang mungkin berminat mahupun
ingin tahu lebih lanjut kehidupan seorang guru...terutamanya guru sepertiku..
Ternyata profesyen seorang guru ini tak semudah yang disangka...masih
banyak yang perlu dipelajari..masih luas lautan pengalaman hidup yang harus ku
terokai..namun aku bersyukur kerana dibantu oleh guru-guru lain yang juga
merupakan guru-guruku sewaktu aku kecil dahulu..kerja2 mengisi borang kedatangan
pun perlu dipelajari kerana ada kiraan tersendiri..Soal mengajar pula lain
ragamnya..walaupun perkara yang kita ajar semudah ABC, namun menerangkan kepada
puluhan akal yang memiliki tahap pemikiran berbeza dalam sesebuah kelas
memerlukan kesabaran yang tinggi dan kesungguhan..sebagai seorang guru,
kita harus menggunakan 1000 cara sebagai usaha untuk memberi kefahaman pada
setiap murid..andai 1000 cara ini gagal, maka gunakan 1001 cara..usah
sesekali tunjukkan riak wajah penat dan berputus asa pada murid-murid..kerana
jika kapten kapal berputus asa, siapa yang akan mengawal para kelasi untuk
mengemudi kapal?..maka kita perlu sentiasa optimis dalam menghadapi
pelbagai situasi..dan jangan lupa berdoa pada Tuhan Yang Maha Bijaksana, agar
diberikan kefahaman kepada murid-murid. Itulah apa yang aku pelajari...sedikit
teguran daripada guru lamaku membuat akal ini berfikir sejenak..masih
terngiang2 lagi ditelinga.." bagi mereka peluang..memang kita
inginkan yang terbaik, namun berilah peluang untuk mereka"..betul
tu..kata-kata ini juga berkait dalam kehidupan seharian kita..berilah peluang
pada orang lain untuk melakukan yang terbaik..sebab tiada manusia yang sempurna
di dunia ini..jangan terlalu berharap yang terbaik daripada orang lain tapi
berilah yang terbaik kepada orang lain..erti hidup pada memberi bak kata
Ust Hasrizal Jamil..Namun perkara yang paling seronok adalah kita dapat lihat
kembali imbasan masa lalu kita di alam persekolahan..kadang-kadang
tergelak sendirian bila melihat telatah mereka kerana kita melihat diri kita
pada suatu masa dahulu..berkejar-kejar dengan rakan, mintak izin ke tandas
sambil pakai pas keluar kelas, main sos dalam buku kotak2..itulah
masa laluku..perkara sebeginilah yang sedikit sebanyak dapat menghilangkan rasa
letih semasa mengajar..Akhir sekali adalah niat kita..adakah kita
mengajar semata2 kerana kerja mahupun minat?..itulah soalan pertama yang
dilontarkan oleh guru besar kepadaku waktu mula-mula aku menjejakkan kaki ke
sekolah...bagi aku mudah sahaja..ikhlaskan niat kerana Allah, jalankan amanah
yang diberi sebaik mungkin..insya-Allah apabila ikhlas, hati akan tenang walau
ada ujian melanda dan dengan izin Tuhan Yang Maha Esa, tugasan mengajar itu akan
menjadi mudah..Semoga aku dan dirimu bisa menjadi guru yang bakal melahirkan
ribuan guru yang punya peribadi jitu..
Apa yang
istimewanya perpisahan ini sampaikan terlalu banyak orang bercakap tentangnya?
Di mana lebihnya perpisahan ini sehingga banyak airmata gugur kerananya?Bukankah
pertama kali kita dipertemukan oleh Allah swt, kita telah tahu kita akan
berpisah? Bahkan sebelum bertemu lagi kita sudah tahu akan fitrah ini. Tapi
mengapa?Mari semua. Mari bayang wajah-wajah orang-orang yang paling kita sayang
dan cinta. Senaikan nama-nama mereka si atas satu kertas, dan simpan dalam
dompet supaya senang dibawa kemana-mana. Lihat. Nescaya sampai satu ketika,
kertas itu akan dilupakan kewujudannya.Bila diingati semula nanti, hati mungkin
akan terusik dek kenangan. Kenangan tentang airmata yang pernah tumpah, tentang
senyum yang pernah terukir, tentang cinta yang pernah ada.Bila diingat semula
nanti, kertas itu sudah menjadi rapuh, kekuningan, hampur koyak, dan hati kita
tak akan lagi berfikir tentang isinya. Cuma yang harus kita fikirkan – apa
kesannya untuk perjalanan hidup kita? Untuk Dunia dan Akhirat kita? Sedikit
sekali. Atau mungkin memang tiada…
Resam
air.
Di
dunia, air bersifat lembut dan menyenangkan. Bila ia mengena tubuh kita, saat
kita bangun dari lena dan bersuci, ternyata ia melegakan. Tubuh jadi segar dan
hati jadi bersemangat untuk memulakan hidup yang baru.Di dunia juga, bila kita
diuji dengan kesedihan, kita seperti seorang yang terjaga dari tidur. Tubuh
yang tidak bermaya, semangat yang pudar, seakan dikejut oleh luahan airmata.
Terasa lega bila dapat melepaskan sesuatu yang terpendam tanpa perlu
berkata-kata.Ada orang mengambil semangat dari airmata. Fitrah.Tidakkan
Rasulullah saw mengalirkan airmata di saat kematian kematian anak, isteri, dan
bapa saudara Baginda? Fitrah.Manusia diciptakan lemah dan pelupa, jadi kita
selalu berdosa. Atas dasar ini, para ulama tidak malu untuk hidup dengan
airmata. Airmata yang mengalir kena pada tempat, tepat pada ayat, lantas
membuatkan mereka kuat.Kita bukan Nabi untuk jadi manusia sempurna. Kita tidak
terpelihara dari dosa. Kita tak kuat untuk mengaku begitu tabah dan ego untuk
tidak menangis. Kita hanya pendatang biasa yang singgah sebentar di Dunia.
Dalam perjalanan ini, kita mungkin bertem dengan pelbagai ragam. Akan ada rasa
sayang di setiap tempat yang kita ukirkan. Pada beberapa benda yang berharga
menurut pandangan kita, kita akan tumpahkan cinta padanya.antara benda berharga
itu adalah manusia.Klau dilihat dari sudut dunia, semakin kita beri semakin
kita akan kekurangan. Seperti gelas yang diminum airnya, ruang-ruang kosong di
dalam gelas itu juga akan kurang. Sebelum kita menumpahkan air mata, fikirkan
apa urusan kita – Dunia dan Akhirat.Adakah di Akhirat, ia akan kekal dengan
sifat airnya yang tenang dan memadamkan? Mampukah air mata tadi memadamkan
api-api neraka jika ia bukan tumpah untuknya? Air hanya berguna jika disimbah
untuk memadamkan api.Bukan di semua tempat air memadam dan menenangkan. Ada
ketika, air tidak boleh memadamkan bahkan api semakin lahap dan lahab
(menjulang). Orang yang terluka dan cedera juga tak boleh terkena air.Syariat
memahami. Lalu memberi kelonggaran untuk menggunakan debu sebagai ganti. Dari
sudut mana debu itu nampak bersih, apatahlagi membersihkan? Jauh lagi
menghembuskan ketenangan. Lalu untuk apa?
Hikmah Yang Tersirat.
Sepertimana
kita tak tahu hakikat debu itu sehingga boleh menggantikan air, kita juga
takkan tahu banyak benda. Kita bahkan tak ada kekuatan untuk memahami keperluan
diri. Lalu bila Allah sempurnakan sesuatu untuk kita, tak perlu kita membantah.Mungkin
antara hikmahnya, Allah swt ingin kita jadi seorang hamba yang mengaku hamba.
Bila disuruh buat, kita mesti taat! Ketahui, dan percaya bahawa kehidupan ini
urusan Allah swt.Perpisahan ini, walau menyedihkan, walau menumpahkan air mata,
sama-sama kita berpesan. Jangan sampai kita jadi seperti si jahil yang cuba
mempersoal;
Subscribe to:
Posts (Atom)