Monday, 15 December 2014

Sepanjang musim peperiksaan, saya melihat rakan-rakan saya begitu tekun dan bersungguh-sungguh dalam mengulang kaji pelajaran mereka. Siang hinggalah ke malam. Namun, dalam kesibukan mengulang kaji pelajaran mereka, mereka tidak lupa akan kebergantunggan mereka terhadap yang SATU. Allah merupakan tuhan kita dan DIA lah layak di sembah serta merupakan tempat tumpuan utama kita. Selalunya kita hanya bergantung harap kepada-Nya apabila kita menghadapi kesulitan atau kesusahan. Namun, apabila kita selami sirah junjungan besar kita, Nabi Muhammad s.a.w, kita dapati baginda s.a.w tidak pernah lekang dalam berdoa kepada-Nya. Tidak kira susah mahupun senang. Tidak kira waktu itu umatnya di seksa atau tidak. Malah, ketika umat ISLAM kuat juga, baginda s.a.w tidak pernah melupakan Allah s.w.t. Satu kisah masyur yang di ceritakan oleh Aisyah r.anha ketika melihat suaminya yang selalu bangun malam dan memohon keampunan daripada-Nya, lalu di tanya suami tercintanya;
 Ya Rasulullah, engkau merupakan hamba kesayangan-Nya dan telah di ampun dosa dahulu mahupun masa depan. Engkau juga merupakan manusia yang telah di janjikan syurga oleh-Nya. Mengapa engkau masih sanggup bangun malam dan berdoa kepada-Nya?” tanya Aisyah r.anha.
Apa jawab baginda s.a.w?
 Tidak bolehkah aku menjadi di kalangan hamba-hambaNya yang bersyukur?” jawab baginda s.a.w.

Lihat dan Fikir! Bagimana seorang rasul yang sudah di jamin masuk syurga masih dan berteusan mengharap keampunan kepada Allah s.w.t.? Tidak kira siang mahupun malam. Tapi kita?… Inilah teladan terbaik bagi kita dan menjadi tanggungjawab kepada kita untuk mengikutinya.


Satu perkara yang aku rancang sejak dahulu, sejak dibangku persekolahan lagi ------> Buat Master. Dulu ketika masih bergelar pelajar sekolah, setiap kali aku ditanya apakah cita-citaku, aku mesti bantu untuk menjawabnya. Aku hanya memberi jawapan "tak tahu lagi, sebab nak sambung master." Hanya itu jawapan yang aku mampu bagi.Kenapa perkataan 'Master' itu begitu sebati dalam jiwaku sejak di bangku persekolahan lagi? Semuanya kerana semagat untuk belajar. Kebanyakan kaum kerabat aku tidak berpendidikan tinggi,berasal dari kampung yang jauh di pedalaman, hanya bekerja biasa-biasa. Namun mereka cukup berpandangan jauh. Sejak kecil lagi aku ditanam semangat oleh ayah angkat supaya belajar sekurang-kurangnya sampai ke peringkat Master. Mungkin waktu itu aku masih tidak begitu faham, namun aku tetap akur dan menganggap kehendak ayah angkat sebagai tanggungjawab aku sebagai anaknya. Ramai yang ragu-ragu, sama ada nak sambung master atau terus bekerja. Okey, tanya diri anda. Apa yang anda mahu dalam hidup. Apa yang sedang bergelojak di jiwa anda sekarang. Apa passion anda. Macam aku, semangat mahu sambung master itu telah berkobar-kobar sejak dahulu lagi hasil suntikan semangat dari ayah angkat aku. Oleh kerana itu aku tidak fikir panjang lagi melainkan terus memilih jalan ini.
Hari ini hari  aku memulakan kerjaya sebagai seorang guru...berpakaian formal dan bertali leher mengimbau kembali kenangan melakukan pembentangan tesis di hadapan rakan2 sewaktu di universiti suatu masa lalu.Sedikit perkongsian buat teman2 yang mungkin berminat mahupun ingin tahu lebih lanjut kehidupan seorang guru...terutamanya guru  sepertiku.. Ternyata profesyen seorang guru ini tak semudah yang disangka...masih banyak yang perlu dipelajari..masih luas lautan pengalaman hidup yang harus ku terokai..namun aku bersyukur kerana dibantu oleh guru-guru lain yang juga merupakan guru-guruku sewaktu aku kecil dahulu..kerja2 mengisi borang kedatangan pun perlu dipelajari kerana ada kiraan tersendiri..Soal mengajar pula lain ragamnya..walaupun perkara yang kita ajar semudah ABC, namun menerangkan kepada puluhan akal yang memiliki tahap pemikiran berbeza dalam sesebuah kelas memerlukan kesabaran yang tinggi dan kesungguhan..sebagai seorang guru, kita harus menggunakan 1000 cara sebagai usaha untuk memberi kefahaman pada setiap murid..andai 1000 cara ini gagal, maka gunakan 1001 cara..usah sesekali tunjukkan riak wajah penat dan berputus asa pada murid-murid..kerana jika kapten kapal berputus asa, siapa yang akan mengawal para kelasi untuk mengemudi kapal?..maka kita perlu sentiasa optimis dalam menghadapi pelbagai situasi..dan jangan lupa berdoa pada Tuhan Yang Maha Bijaksana, agar diberikan kefahaman kepada murid-murid. Itulah apa yang aku pelajari...sedikit teguran daripada guru lamaku membuat akal ini berfikir sejenak..masih terngiang2 lagi ditelinga.." bagi mereka peluang..memang kita inginkan yang terbaik, namun berilah peluang untuk mereka"..betul tu..kata-kata ini juga berkait dalam kehidupan seharian kita..berilah peluang pada orang lain untuk melakukan yang terbaik..sebab tiada manusia yang sempurna di dunia ini..jangan terlalu berharap yang terbaik daripada orang lain tapi berilah yang terbaik kepada orang lain..erti hidup pada memberi bak kata Ust Hasrizal Jamil..Namun perkara yang paling seronok adalah kita dapat lihat kembali imbasan masa lalu kita di alam persekolahan..kadang-kadang tergelak sendirian bila melihat telatah mereka kerana kita melihat diri kita pada suatu masa dahulu..berkejar-kejar dengan rakan, mintak izin ke tandas sambil pakai pas keluar kelas, main sos dalam buku kotak2..itulah masa laluku..perkara sebeginilah yang sedikit sebanyak dapat menghilangkan rasa letih semasa mengajar..Akhir sekali adalah niat kita..adakah kita mengajar semata2 kerana kerja mahupun minat?..itulah soalan pertama yang dilontarkan oleh guru besar kepadaku waktu mula-mula aku menjejakkan kaki ke sekolah...bagi aku mudah sahaja..ikhlaskan niat kerana Allah, jalankan amanah yang diberi sebaik mungkin..insya-Allah apabila ikhlas, hati akan tenang walau ada ujian melanda dan dengan izin Tuhan Yang Maha Esa, tugasan mengajar itu akan menjadi mudah..Semoga aku dan dirimu bisa menjadi guru yang bakal melahirkan ribuan guru yang punya peribadi jitu..
Apa yang istimewanya perpisahan ini sampaikan terlalu banyak orang bercakap tentangnya? Di mana lebihnya perpisahan ini sehingga banyak airmata gugur kerananya?Bukankah pertama kali kita dipertemukan oleh Allah swt, kita telah tahu kita akan berpisah? Bahkan sebelum bertemu lagi kita sudah tahu akan fitrah ini. Tapi mengapa?Mari semua. Mari bayang wajah-wajah orang-orang yang paling kita sayang dan cinta. Senaikan nama-nama mereka si atas satu kertas, dan simpan dalam dompet supaya senang dibawa kemana-mana. Lihat. Nescaya sampai satu ketika, kertas itu akan dilupakan kewujudannya.Bila diingati semula nanti, hati mungkin akan terusik dek kenangan. Kenangan tentang airmata yang pernah tumpah, tentang senyum yang pernah terukir, tentang cinta yang pernah ada.Bila diingat semula nanti, kertas itu sudah menjadi rapuh, kekuningan, hampur koyak, dan hati kita tak akan lagi berfikir tentang isinya. Cuma yang harus kita fikirkan – apa kesannya untuk perjalanan hidup kita? Untuk Dunia dan Akhirat kita? Sedikit sekali. Atau mungkin memang tiada…
Resam air.
Di dunia, air bersifat lembut dan menyenangkan. Bila ia mengena tubuh kita, saat kita bangun dari lena dan bersuci, ternyata ia melegakan. Tubuh jadi segar dan hati jadi bersemangat untuk memulakan hidup yang baru.Di dunia juga, bila kita diuji dengan kesedihan, kita seperti seorang yang terjaga dari tidur. Tubuh yang tidak bermaya, semangat yang pudar, seakan dikejut oleh luahan airmata. Terasa lega bila dapat melepaskan sesuatu yang terpendam tanpa perlu berkata-kata.Ada orang mengambil semangat dari airmata. Fitrah.Tidakkan Rasulullah saw mengalirkan airmata di saat kematian kematian anak, isteri, dan bapa saudara Baginda? Fitrah.Manusia diciptakan lemah dan pelupa, jadi kita selalu berdosa. Atas dasar ini, para ulama tidak malu untuk hidup dengan airmata. Airmata yang mengalir kena pada tempat, tepat pada ayat, lantas membuatkan mereka kuat.Kita bukan Nabi untuk jadi manusia sempurna. Kita tidak terpelihara dari dosa. Kita tak kuat untuk mengaku begitu tabah dan ego untuk tidak menangis. Kita hanya pendatang biasa yang singgah sebentar di Dunia. Dalam perjalanan ini, kita mungkin bertem dengan pelbagai ragam. Akan ada rasa sayang di setiap tempat yang kita ukirkan. Pada beberapa benda yang berharga menurut pandangan kita, kita akan tumpahkan cinta padanya.antara benda berharga itu adalah manusia.Klau dilihat dari sudut dunia, semakin kita beri semakin kita akan kekurangan. Seperti gelas yang diminum airnya, ruang-ruang kosong di dalam gelas itu juga akan kurang. Sebelum kita menumpahkan air mata, fikirkan apa urusan kita – Dunia dan Akhirat.Adakah di Akhirat, ia akan kekal dengan sifat airnya yang tenang dan memadamkan? Mampukah air mata tadi memadamkan api-api neraka jika ia bukan tumpah untuknya? Air hanya berguna jika disimbah untuk memadamkan api.Bukan di semua tempat air memadam dan menenangkan. Ada ketika, air tidak boleh memadamkan bahkan api semakin lahap dan lahab (menjulang). Orang yang terluka dan cedera juga tak boleh terkena air.Syariat memahami. Lalu memberi kelonggaran untuk menggunakan debu sebagai ganti. Dari sudut mana debu itu nampak bersih, apatahlagi membersihkan? Jauh lagi menghembuskan ketenangan. Lalu untuk apa?
Hikmah Yang Tersirat.
Sepertimana kita tak tahu hakikat debu itu sehingga boleh menggantikan air, kita juga takkan tahu banyak benda. Kita bahkan tak ada kekuatan untuk memahami keperluan diri. Lalu bila Allah sempurnakan sesuatu untuk kita, tak perlu kita membantah.Mungkin antara hikmahnya, Allah swt ingin kita jadi seorang hamba yang mengaku hamba. Bila disuruh buat, kita mesti taat! Ketahui, dan percaya bahawa kehidupan ini urusan Allah swt.Perpisahan ini, walau menyedihkan, walau menumpahkan air mata, sama-sama kita berpesan. Jangan sampai kita jadi seperti si jahil yang cuba mempersoal;


Wednesday, 3 September 2014

semalam kwan bgi resepi kuah rojak buah...kwa2 leh mencuba

bahan-bahan
 - gula pasir 1 gelas
 - cili kering 10 tangkal
 - belacan di bakar sebesar ibu jari
 - kicap kipas udang 1/2 gelas
 -souse tiram 1/2 gelas
 - bijan 1 gelas di sangai
 - kacang tanah 1 gelas digoreng dan dikisar

selamat mencuba....sedappp

Monday, 1 September 2014

Tips Diet Seimbang


Antara beberapa tips diet seimbang yang boleh diamalkan.

1. Banyakkan makan makanan yang berbuah.

Kalau nak kira memang banyak sebenarnya buah yang sedap lagi berkhasiat. Diantaranya ialah buah apple, nenas, pisang, bawang putih, gandum, kentang, dan buah betik. Semua jenis buah yang disebut ini sebenarnya banyak khasiat tersendiri.

2. Banyakkan juga memakan kekacang.

Kacang pea, kekacang dan lentil adalah kaya dengan protein, karbohidrat, gentian dan beberapa vitamin (terutamanya vitamin B). Kacang soya yang sangat kaya dengan protein tumbuhan – boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti susu kacang soya, tauhu, tempe, protein sayuran bertekstur dan taugeh.

3. Banyakkan minum air.

Air adalah sangat penting untuk fungsi-fungsi tubuh anda, termasuk penghadaman, penyerapan dan pengangkutan zat, perkumuhan, pengawalan suhu badan dan bertindak sebagai pelincir bahagian tubuh yang bergerak. Tubuh kita akan kehilangan lebih kurang 11/2 hingga 21/2 liter air dalam satu hari melalui air kencing, tinja, peluh dan wap daripada paru-paru. Jangan tunggu sehingga sudah berasa dahaga, untuk menggantikan cecair yang telah hilang dari badan. Minum sekurang-kurangnya 6 hingga 8 gelas air setiap hari. Cecair juga boleh didapati daripada minuman lain, buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan lain.

4. Kurangkan kandungan lemak dalam makanan.

Sebenarnya lemak itu penting, tetapi dalam diet harus menyumbangkan 20% hingga 30% sahaja dalam jumlah keperluan tenaga harian.Jadi, oleh itu kita harus elakkan pengambilan lemak berlebihan dengan:
  • Memilih makanan yang rendah lemak dan kolesterol.
  • Menggunakan minyak masak dalam kuantiti yang sedikit sahaja.
  • Mengurangkan penggunaan santan atau minyak kelapa dalam masakan.
  • Memilih daging tanpa lemak, serta membuangkan kulit jika boleh (contoh: kulit ayam).
  • Menghadkan penggunaan lemak yang boleh dilihat (seperti marjerin, mentega, minyak salad, krim dan mayonis).
  • Mengamalkan kaedah masakan alternatif (seperti membakar, menggunakan ketuhar gelombang mikro atau mengukus) daripada menggoreng.

5. Kurangkan gula.

Makanan yang diproses dan makanan manis seperti kek coklat dan aiskrim mengandungi banyak gula yang memberikan sejumlah besar kalori tanpa khasiat makanan atau serat.Kehadiran gula juga menggantikan makanan yang berkhasiat dan menyingkirkan beberapa vitamin dan galian dari tubuh.Memakan gula yang berlebihan bermakna anda menanggung risiko kerosakan gigi, kegemukan dan masalah-masalah lain yang dikaitkan dengannya seperti kencing manis, serangan jantung dan sebagainya.

6. Kurangkan garam

Makanan segera, makanan dalam tin, daging yang diawet dan makanan ringan bergaram seperti kentang goreng, mengandungi terlalu banyak garam. Memakan terlalu banyak garam boleh menyebabkan tekanan darah tinggi yang akhirnya boleh membawa kepada serangan jantung atau strok.Sesetengah orang mungkin menghadapi masalah terlalu banyak air di bawah kulit (edema).

Sumber dari UTUSAN PENGGUNA
Kepentingan Makanan Berkhasiat


Kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga namun ramai yang tidak menyedarinya sehingga ditimpa sesuatu penyakit yang tenat. Ramai juga yang tidak menyedari akan peranan pengambilan makanan yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan yang baik. Punca utama serangan penyakit-penyakit tenat seperti kanser dan penyakit jantung ialah kerana tidak memakan makanan yang sempurna dan kurang memakan makanan yang berkhasiat serta kurang bersenam. Corak pengambilan makanan yang teratur sepatutnya dimulakan sejak awal lagi. Pepatah ada mengatakan,  Diri Anda Ialah Apa Yang Anda Makan  dan kenyataan ini benar dalam soal kesihatan.

Malaysia dikatakan mempunyai masalah obesiti yang serius.

“ Empat daripada sepuluh orang dewasa yang melebihi usia 18 tahun di negara ini sama ada mengalami kegemukan atau terlebih berat badan (obesiti). ”

Sumber dari berita harian


Makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan tubuh badan. Manusia memerlukan makanan dan vitamin untuk pembesaran dan menjaga kesihatan. Media massa turut mempopularkan pemakanan seimbang menerusi pelbagai program dan penulisan artikel mengenai pemakanan yang sihat ini. Oleh itu, wujud pelbagai kebaikan daripada makanan seimbang ini.

1.  Pembesaran manusia itu lebih sempurna daripada aspek fizikal.

Tubuh badan menerima semua keperluan zat yang diperlukan untuk membina tubuh badan yang kuat daripada keperluan fizikal manusia. Keupayaan fizikal yang ketara ini menjadikan seseorang manusia itu boleh menjalankan tugasnya dengan begitu baik dan sempurna. Jelaslah, pemakanan seimbang menjadikan fizikal manusia itu lebih baik berbanding manusia lain yang kurang menjaga aspek pemakanannya.

2.  Memberikan vitamin yang cukup kepada badan.

Keperluan vitamin yang cukup ini menjadikan tubuh manusia itu lebih tahan untuk menghadapi sebarang jangkitan penyakit atau tidak mudah untuk jatuh sakit. Kesihatan manusia dikatakan perkara yang paling penting dalam kehidupan seseorang itu. Sesungguhnya, manusia yang mengamalkan pemakanan seimbang akan mempunyai kesihatan yang sihat sejahtera sahaja.

3.  Mampu mengawal kadar obesiti.

Salah satu aspek utama dalam pemakanan seimbang ialah manusia perlulah mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi cukup khasiat yang diperlukan oleh badan. Pengawalan pemakanan sebegi menjadikan tubuh seseorang itu tidak terlalu gemuk dan memudahkan mereka untuk menjalankan pelbagai aktiviti terutama aktiviti senaman yang mampu menyihatkan badan pula. Oleh itu, obesiti mampu diatasi jika seseorang itu mempunyai diet pemakanan seimbang dalam hidupnya.

4.  Perkembangan mental seseorang itu tidak terganggu.

Kekurangan zat makanan yang tertentu boleh menjadikan mental seseorang itu tidak cukup cerdas atau mudah letih apabila cuba menyelesaikan sesuatu perkara yang dialami dalam kehidupan seseorang itu. Keadaan ini menjadikan seseorang itu gagal berfikir untuk menyelesaikan masalahnya dengan lebih efektif berbanding dengan individu yang seimbang aspek pemakanannya. Jadi, pemakanan seimbang menjadikan aspek mental manusia lebih stabil dan berdaya tahan.

Kesimpulannya

Kita perlu mengambil makanan yang seimbang kerana semua kepentingannya sudah dinyatakan tadi. Bukan sahaja individu tetapi masyarakat dan seterusnya negara akan menerima kesan positif daripada pemakanan yang baik ini. Jika masyarakat masih ingkar dan tidak mahu berubah sudah pasti jumlah pesakit penyakit kronik di negara ini akan bertambah pula. Ketika itu mungkin sudah terlewat untuk kita semua mengambil langkah pencegahannya. “Tepuk dada tanya selera”.


 Makanan Seimbang Kurangkan Risiko Penyakit Berbahaya



Pengambilan makanan berkhasiat, berzat dan seimbang sering disarankan untuk memastikan anda sentiasa sihat dan bebas daripada pelbagai penyakit berbahaya. Ini kerana pengambilan makanan seimbang dalam diet seharian dapat membantu mengurangkan risiko beberapa penyakit, termasuk kanser, serangan jantung dan angin ahmar, tekanan darah tinggi, lebihan kolesterol, osteoporosis dan spina bifida. Sejauh manakah makanan dapat membantu anda menjauhkan diri daripada penyakit berbahaya?

1.  Kanser (Barah)

Makan buah-buahan dan sayur-sayuran dapat membantu mengurangkan risiko kanser kolon, perut, paru-paru dan esofagus. Bagaimanapun, bukti yang menunjukkan pengurangan risiko itu tidak sekuat sebagaimana kanser payu dara dan prostat.
Diet tinggi lemak sering dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser prostat, kolon, rektum dan endometrium. Bagaimanapun diet tinggi lemak sukar dikaitkan dengan kanser payu dara tetapi ada bukti menunjukkan bahawa lemak tepu memainkan peranan penting dalam meningkatkan risiko kanser.

2.  Serangan jantung dan angin ahmar (Strok)

Satu kajian mendapati mereka yang mengikuti garis panduan pemakanan disarankan Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) mengalami 28% dan 14% pengurangan risiko terhadap serangan jantung dan strok berbanding mereka yang tidak mengikuti garis panduan itu.

3.  Lebihan kolesterol
Kurangkan pengambilan lemak, terutama lemak tepu akan merendahkan risiko mengalami lebihan kolesterol di dalam darah, sekaligus risiko terhadap penyakit jantung koronari.

4.  Tekanan darah Tinggi

Mengambil banyak buah-buahan dan sayur-sayuran (8 hingga 10 hidangan) diikuti diet rendah lemak dan mengambil produk tenusu (3 hidangan sehari) boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan merendahkan tekanan darah, sekaligus mengurangkan risiko terhadap penyakit jantung koronari.

5.  Osteoporosis

Mendapat kalsium secukupnya akan melindungi anda daripada osteoporosis. Kalsium dijumpai dalam produk tenusu, sayuran hijau dan banyak lagi produk yang diperkaya dengan kalsium.

6.  Spina Bifida

Mengambil makanan yang mengandungi asid folik seperti sayur-sayuran hijau atau asid folik yang diperkaya dengan bijirin sebelum dan ketika hamil dapat membantu melindungi bayi daripada mengalami spina bifida.

Info dari: Panduan Penjagaan Kesihatan (Berita Harian)